fbpx
Now Reading
7 Tempat Paling Seram Di Malaysia

7 Tempat Paling Seram Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

#1 Highland Tower

Foto: Wikipedia

Peristiwa keruntuhan Highland Tower pernah menggemparkan satu Malaysia pada tahun 90-an dahulu. Ia merupakan satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan juga terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Difahamkan tragedi yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu bermula apabila satu daripada tiga blok kondominium tersebut runtuh. Pangsapuri 12 tingkat yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor itu mempunyai tiga blok iaitu Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Banyak cerita seram yang didengari berkaitan tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan suara wanita menangis di tengah-tengah malam. Baru- baru ini, baki blok-blok Highland Towers yang ditinggalkan akhirnya akan dirobohkan dalam masa terdekat setelah hampir 3 dekad ditinggalkan.

#2 Amber Court

Foto: Malay Gazatte

Amber Court merupakan dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan sangat seram. Apatah lagi, lokasi tersebut merupakan tempat bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands.

Terdapat banyak kisah seram yang didengari dari mereka yang pernah menginap di apartmen ini. Antaranya, seorang penginap pernah menemui lembaga tanpa kepala yang sedang mendukung anak di lif bangunan itu. Selain itu, ada juga kejadian misteri seperti TV terpasang sendiri dan pintu diketuk berulang kali pada waktu malam walaupun tiada siapa di luar pintu.

Dikhabarkan, Amber Court juga mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang untuk menyimpan hantu-hantu kasino disitu. Fuh seram!

#3 Kellie’s Castle Perak

Foto: BH

Siapa sahaja tidak pernah tahu tentang Kellie’s Castle? Bangunan rumah istana ini merupakan salah satu tarikan pelancong tidak kira dalam atau pun luar negara kerana mempunyai rekaan yang klasik dan menarik. Namun, tahukah anda Kellie’s Castle merupakan salah satu tempat misteri di Malaysia yang amat menakutkan.

Kellie’s Castle adalah bangunan rumah istana yang terbengkalai yang dibina oleh William Kellie Smith untuk dihadiahkan kepada isteri dan anaknya. Dari tahun 1915 sehingga sekarang bangunan ini tidak siap dan ia telah dijadikan ruang bersiar-siar untuk para pelancong melihat sejarahnya.

Bagi pengunjung bangunan ini, anda boleh melihat pelbagai bilik dan ruang yang luas dan cantic untuk bergambar. Menurut khabar orang ramai yang pernah kesana, ada yang mengatakan mereka Nampak kelibat kanak-kanak perempuan yang didakwa roh anak pemilik bangunan itu iaitu Helen.  Selain itu, ada juga yang terdengar suara jeritan dan bunyi pintu tertutup sendiri terutama pada waktu malam.

#4 Villa Nabilla

Foto: Pag.Paranormal

Villa Nabila merupakan sebuah rumah bangle yang terbiar sejak dahulu kala. Rumah itu mempunyai dikhabarkan mempunyai banyak versi cerita. Antaranya, ia telah ditinggalkan kerana pemiliknya telah berpindah. Ada juga yang mendakwa rumah itu dirompak dan anak pemilik itu yang bernama Nabila telah dibunuh dan ditanam di bilik bawah rumah tersebut. Fuh ngeri kan!

Rumah yang terletak di di Johor Baru ini juga pernah menggemparkan satu negara apabila viral tentang seorang remaja lelaki yang hilang setelah masuk ke rumah Villa Nabila. Dia dikatakan telah ‘disorok’ hantu dan juga telah sesat ke alam ghaib.

Rupa-rupanya, remaja berkenaan bukannya hilang di dalam banglo Villa Nabila sebaliknya dia pergi menginap di rumah rakannya yang terletak di Flat Taman Desa Mutiara di Tebrau. Difahamkan remaja itu berbuat demikian kerana risau akan dimarahi ibunya jika pulang lewat malam.

#5 Mimaland

Foto: Libur.com

Mimaland adalah sebuah taman tema air yang terkenal sejak tahun 1980 lagi. Bagi mereka yang sempat berkunjung ke taman tema air ini pasti masih ingat tragedi malang yang berlaku di kawasan papan luncur air gergasi disitu yang telah menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura.

Selepas peristiwa itu, Mimaland dikatakan telah menutup kawasan tersebut buat sementara waktu untuk kerja pembaikian. Namun, malang tidak berbau apabila tragedi berulang sekali lagi pada tahun 1994 dimana kolam renang yang sama berlaku kerosakan dan dimasuki air lumpur akibat tanah runtuh.  Kemudian, taman tema air itu ditutup sekali lagi bagi membaiki kawasan tersebut.

Akhirnya, tanpa disedari ia terbiar begitu sahaja dan difahamkan banyak makhluk halus yang menghuni kawasan Mimaland. Orang ramai yang tinggal berdekatan juga pernah menceritakan tentang kelibat manusia tanpa kepala dan suara-suara menakutkan di Mimaland. Memang meremang bulu roma!

#6 Sandakan Memorial Park

Foto: Wikimedia

Kawasan ini dinamakan untuk didedikasikan buat mereka yang mati semasa Sandakan Death Marches. Pada tahun 1945, ribuan tahanan Australia dan British dipaksa berkawad daripada Sandakan ke Ranau, dengan jarak sejauh 260km.

Dari jumlah beribu itu, hanya enam orang sahaja yang Berjaya melarikan diri. Mereka yang lain diseksa, dilayan dengan kejam dan dibunuh sehingga menyebabkan banyak roh yang tidak tenteram berkeliaran disitu.

Dikhabarkan, orang ramai yang pernah berkunjung ke situ pernah melihat seorang perempuan menaiki buaian di atas tasik. Mengikut logik akal, mana ada buaian di tasik kan? Ada juga yang mendakwa mereka sering mendengar bunyi suara wanita menjerit dan mengilai. Ia dikatakan suara roh wanita yang telah dibunuh dengan kejam di situ suatu ketika dahulu. Memang seram!

#7 Penjara Pudu

Foto: Prison.gov

Penjara Pudu sangat terkenal sebagai tempat misteri di Malaysia terutama dalam kalangan pekerja penjara serta golongan muda yang sering berurusan atau melawat ke sana. Penjara Pudu yang dahulunya merupakan kem tahanan perang tentera Jepun pada era kolonial British ini mempunyai tahanan yang ramai sehingga 2000 orang tahanan.  

Untuk pengetahuan anda, seorang penjenayah yang pernah menggemparkan negara kerana melakukan keganasan kejam iaitu Botak Chin turut menjadi tahanan disini dan telah dihukum gantung pada 1981. Pada tahun 2009, Penjara Pudu ini dirobohkan kerana pihak terlibat akan membangunkan sebuah pusat komersial di sini.

Menurut cerita warden penjara tersebut, mereka yang selalunya bertugas waktu malam di sebuah pondok khas sering menerima gangguan. Ada ketikanya kerusi dalam pondok kawalan itu terbang keluar seolah-olah dibaling atau dicampak keluar oleh seseorang.

Selain itu, terdapat juga cerita daripada bekas-bekas banduan yang memberitahu mereka terdengar bunyi jeritan dari bilik perlaksanaan hukuman gantung sedangkan tiada sesiapa dalam bilik tersebut. Para petugas disitu juga pernah diganggu seperti kelibat bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.