fbpx
Now Reading
Melucukan, Bernama Post Foto Harimau Mandi Tarik Perhatian Netizen & Warganet

Melucukan, Bernama Post Foto Harimau Mandi Tarik Perhatian Netizen & Warganet

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekeping foto yang memaparkan seekor harimau sedang asyik mandi itu telah berjaya menarik perhatian netizen yang melihat foto itu.

Rata-rata ramai yang terhibur dengan gelagat harimau didalam gambar tersebut yang kena dengan situasi keadaan di Selangor ketika ini.

Malahan, tulisan pada kapsyen gambar tersebut juga melucukan sehingga mendapat 1,400 retweet dan 2,100 tanda suka di laman Twitter milik @bernama.

“Yeah…Leganya ada air…

“Penduduk Lembah Klang menarik nafas lega selepas 83% daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berikutan tugas LRA Sg Selangor Fasa 1,2,3& Rantau Panjang akibat pencemaran, telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 6 pagi tadi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun, ramai yang tidak menyangka Bernama juga mempunyai sisi melucukan, selain menyampaikan maklumat penting.

Menerusi diruangan komen, ramai pembaca mengakui perlu membaca beberapa kali bagi mengesahkan tweet tersebut dari Bernama sendiri.

Kadang-kadang kenalah kelakar sikit, tak boleh serius sangat masa PKPB ini.

Berikutan adalah komen-komen netizen yang melucukan:  

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.