fbpx
Now Reading
Mizz Nina Lancar Aplikasi Islamik, Qalby App Setara Muslim Pro

Mizz Nina Lancar Aplikasi Islamik, Qalby App Setara Muslim Pro

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat suatu masa dahulu Mizz Nina atau nama betulnya, Shazrina Azman pernah menggegarkan dunia hiburan apabila membuat keputusan untuk meninggalkan kareer seninya dan berhijrah.

Semua itu dilakukannya sebaik pulang dari menunaikan haji bersama suaminya Noh Salleh sedangkan dia ketika itu sedang berada di puncar kareernya.

Sebaik berhijrah, dia mula aktif sebagai aktivis muslimah dan banyak melakukan kerja-kerja dakwah menerusi rancangan islamik terbitannya sendiri, DopsTV namun masih kekal dalam industri sebagai pereka fesyen.

Sehingga kini, dia masih aktif dalam kegiatan dakwah dan terkenal sebagai aktivis muslimah melalui rancangan berkaitan gaya hidup Islam terbitan beliau sendiri.

Terbaru, Miss Nina sekali lagi menjadi tumpuan apabila melancarkan sebuah aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup islam yang diberi nama Qalby App awal bulan ini.

Antara feaures Qalby App

Aplikasi tersebut yang masih lagi dalam peringkat Beta baggaimanapin kini sudah tersedia untuk dimuat turun di Appstore dan Google Playstore.

Difahmakan Qalby App hadir dengan pelbagai features seperti waktu solat, e-Journal, arah kiblat, bacaan al-Quran, koleksi doa dan video berbentuk ilmiah serta banyak lagi.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya Mizz Nina menjelaskan Qalby App dibina bagi memudahkan perkongsian mengenai ilmu dan keindahan Islam didalam dunia digital.

Tambahnya dia terpanggil untuk mewujudkan aplikasi sebegini sewaktu menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018.

“Adakah hati kita benar-benar suci? Bagaimana pula dengan iman saya? Allah tidak menghakimi penampilan kita tetapi hati dan perbuatan kita.

“Jadi begitulah lahirnya nama ‘Qalby’ tersebut yang bermaksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab,” kongsinya.

Malah menerusi posting tersebut Mizz Nina gembiranya memaklumkan bahawa aplikasi berkenaan telah dimuat turun sebanyak 10,000 kali.

Buat anda yang berminat untuk memuat turun Qalby app boleh la memuat turunnya disini bagi : pengguna Andorid Google Play Store dan Pengguna Apple Appstore

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.