fbpx
Now Reading
KFC Tawar Promosi RM 20 Untuk 2 Snack Plate Kombo Bermula 16 Ogos

KFC Tawar Promosi RM 20 Untuk 2 Snack Plate Kombo Bermula 16 Ogos

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat pada tarikh cantik 20 Februari 2020 tahun lalu , KFC ada menawarkan promosi hebat 2 Set Snack Plate hanya dengan RM 20 yang begitu mendapat sambutan.

Terbaharu KFC Malaysia sekali lagi hadir dengan promosi sama khas. Namun yang menariknya untuk kali ini ia akan berlangsung selama 3 hari mulai 16 Ogos -18 Ogos .

Beli dulu tebus nanti

Namun berbanding promosi terdahulu, promosi kali ini sedikit berbeza dimana ia adalah ekslusif dan perlu dilakukan secara online menggunakan kaedah ‘beli eb-baucar dulu dan tebus nanti

Ini bermakna pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum boleh menebusnya. Tarikh penebusan juga bergantung pada tarikh pembelian anda.

Jika anda membuat pembelian pada 16 Ogos anda boleh menebusnya pembelian anda dari 23 – 27 Ogos.

Manakala pelanggan yang membuat pembelian pada 17 dan 18 Ogos, mereka boleh menebus tempahan tersebut dari 6 hingga 10 September 2021.

Selain itu, anda juga perlu menjadi pengguna berdaftar KFC terlebih dahulu dengan membuat pendaftaran di sini

Sebagai ringkasan ini syarat yang perlu anda tahu untuk promosi eklusif ini :

  • Pembelian hanya untuk pengguna berdaftar KFC.
  • Anda boleh pilih untuk membeli Delivery ATAU Self Collect. (Caj penghantaran RM4 akan dikenakan untuk setiap penebusan melalui KFC Delivery.)
  • Pembelian terhad kepada 3 set setiap pengguna.
  • Hanya 1 set boleh ditebus untuk setiap transaksi.
  • Pembelian tertakluk pada had harian.

Menerusi semakan kami tiada air yang akan diberikan untuk promosi ini dimana setiap baucer hanya terdapat 4-pc Chicken, 2 Whipped Potato (R), 2 Coleslaw (R) dan 2 Bun seperti yang tertulis di dalam laman sesawang mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang KFC Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.