fbpx
Now Reading
Tular Lelaki Di Sarawak Belanja Agong & Permaisuri Agong KFC – “Tuanku Ucap Terima Kasih” [Video]

Tular Lelaki Di Sarawak Belanja Agong & Permaisuri Agong KFC – “Tuanku Ucap Terima Kasih” [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan para kakitangan restoran terbabit dan orang ramai begitu teruja dan gembira kerana dapat bertemu dengan baginda dan isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, tular di media sosial beberapa video gelagat rakyat di Sabah dan Sarawak semasa bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta ahli keluarga baginda yang lain.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat Tengku Muhammad Dalam Kembara Kenali Borneo Cairkan Hati Ramai Wanita [Video]

Pertemuan rakyat kedua-dua negeri itu bersama baginda dan keluarganya adalah bersempena Kembara Kenali Borneo yang telah bermula sejak 3 September lalu di Tawau, Sabah dan kini berada di Sarawak.

Lelaki di Sarawak belanja Agong dan Permaisuri Agong KFC

Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki menghadiahkan makanan KFC kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja Permaisuri Agong.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shhezwn, lelaki terbabit yang juga kakitangan KFC di Niah, Sarawak itu memberikan makanan terbabit semasa baginda melalui kawasan jalan berhadapan restoran makanan segera itu.

Dalam video yang sama, kelihatan baginda mengambil makanan itu sebelum menyerahkan bungkusan terbabit kepada Tunku Azizah yang duduk dikerusi penumpang hadapan kenderaan itu.

Baginda ucap terima kasih sambil bersalaman dengan orang ramai

Susulan itu, Agong mengucapkan terima kasih sambil bersalaman dengan kakitangan restoran terbabit dan penduduk kawasan itu.

“Jom belanja Agong KFC di Niah, Sarawak. Tuanku ucap terima kasih,” tulisnya di dalam video.

Kelihatan para kakitangan restoran terbabit dan orang ramai begitu teruja dan gembira kerana dapat bertemu dengan baginda dan isterinya secara berhadapan.

Netizen puji tindakan lelaki terbabit belanja Tuanku KFC

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan lelaki itu kerana memberikan KFC kepada Agong dan Permaisuri Agong.

Salah seorang pengguna TikTok juga mengatakan baginda dan Tunku Aminah sememangnya menggemari KFC.

Segelintir netizen juga menyifatkan rakyat Sabah dan Sarawak sememangnya pemurah dan baik hati dalam menyambut kunjungan Tuanku sekeluarga.

Fuh dulu baginda yang bagi KFC dekat geng media, sekarang rakyat pula belanja YDPA…

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.