fbpx
Now Reading
“Kami Sabahan Sayang Tuanku” – Di Sebalik Telatah Lucu Bersama Agong, Luahan Lelaki Ini Buat Ramai Sebak [Video]

“Kami Sabahan Sayang Tuanku” – Di Sebalik Telatah Lucu Bersama Agong, Luahan Lelaki Ini Buat Ramai Sebak [Video]

Menurut lelaki itu, meskipun Sabah merupakan negeri yang tidak mempunyai sultan, tetapi bagi mereka mana-mana sultan yang diangkat menjadi YDPA adalah raja mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelangan ini, tular di media sosial beberapa video telatah mencuit hati rakyat Sabah semasa bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta ahli keluarga baginda yang lain.

Pertemuan rakyat Sabah bersama baginda serta ahli keluarganya itu sempena Kembara Kenali Borneo yang bermula sejak 3 September lalu di Tawau.

Pun begitu, di sebalik telatah lucu warga sabah bersama figura-figura terpenting negara ini, terdapat juga luahan hati seorang individu yang ditujukan khas kepada baginda sebagai wakil kepada seluruh rakyat negeri di bawah bayu itu.

Ucap terima kasih kerana Tuanku sudi hadir ke Sabah

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @lansar25, lelaki tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana sudi hadir melawat negeri Sabah.

Menurut lelaki itu, meskipun Sabah merupakan negeri yang tidak mempunyai sultan, tetapi bagi mereka mana-mana sultan yang diangkat menjadi YDPA adalah raja mereka.

“Orang sabah baik-baik. kalau nak tanya bab menyambut tetamu, orang Sabah memang nombor satu,” katanya.

Lelaki jadi wakil mohon ampun jika bahasa istana yang digunakan tidak tepat

Menurutnya lagi, dia turut meminta maaf kepada baginda sekiranya rakyat Sabah menggunakan bahasa-bahasa yang tidak tepat untuk dijadikan bahasa istana.

“Mohon maaf ya Tuanku, inilah kami, cuba untuk bermesra dengan pemimpin kami dan cuba untuk bermesra dengan raja kami.

“Alhamdulilah, semoga Tuanku sihat, semoga Tuanku dipanjangkan usia dan Alhamdulilah Tuanku meletakan ‘benchmark’ yang begitu tinggi untuk YDPA yang seterusnya.”

Harap negeri Sabah dan Sarawak dikunjung YDPA setiap tahun

Pada masa sama, dia turut berharap agar Sabah dan Sarawak akan menjadi tempat kunjungan YDPA pada setiap tahun.

“Banyak hikmah, banyak rahmah yang diturunkan oleh Allah SWT sempena ziarah Tuanku hadir ke Sabah ini ataupun Borneo.

“InsyaAllah mudah-mudahan, daulat Tuanku, ampun Tuanku beribu-ribu ampun,” ujarnya.

Tular beberapa klip video gelagat mencuit hati rakyat Sabah bersama Tuanku

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video gelagat rakyat Sabah yang begitu teruja semasa menerima kunjungan YDPA bersama keluarga baginda di kawasan mereka.

Antara video yang mencuit hati ramai apabila seorang kanak-kanak memanggil Tuanku sebagai ‘Pakcik Agong’ serta seorang wanita memangil Permaisuri Agong sebagai ‘Datin’.

Untuk info, Kembara Kenali Borneo yang bermula di Tawau, Sabah pada 3 September lalu akan berakhir di Telok Melano, Sarawak pada 13 September depan.

Baginda dan keluarga kini berada di Lawas, Sarawak

Ketika ini, Baginda dan ahli keluarganya sudah selamat tiba di Lawas semalam pada jam 8 malam dan akan menyambung perjalanan jelajah Borneo sepanjang 2154 KM (Kilometer) itu.

Kembara Kenali Borneo di Sarawak itu turut melibatkan persinggahan di Sibu, Sri Aman dan Kuching sebelum dilengkapkan dengan perjalanan ke Telok Melano, Lundu.

Berikut kami kongsikan kompilasi video tersebut:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.