fbpx
Now Reading
Masalah Kesihatan Punca Abdul Hadi Tidak Hadir Parlimen

Masalah Kesihatan Punca Abdul Hadi Tidak Hadir Parlimen

Menurut Setiausaha Politik PAS, pihak Parlimen juga telah dimaklumkan mengenai ketidakhadiran dan keuzuran Ahli Parlimen Marang itu pada ketika ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila segelintir individu mempersoal ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang berlangsung pada pagi semalam (26 Februari).

Malah ada juga individu yang bertindak menyifatkan Abdul Hadi sebagai ‘biadap’ hanya kerana tidak hadir ke istiadat terbabit.

Perkara tersebut yang tular di media sosial dan meraih perhatian ramai sedikit sebanyak telahpun memberi perspektif negatif segelintir individu terhadap Ahli Parlimen Marang itu.

Abdul Hadi tidak hadir ke Parlimen kerana ikut sesi rawatan susulan

Bagaimanapun, Setiausaha Politik PAS, Mohd. Syahir Che Sulaiman berkata Abdul Hadi tidak menghadirkan diri kerana perlu mengikuti sesi rawatan susulan di Terengganu.

Menurutnya, keadaan kesihatan Abdul Hadi itu juga tidak mengizinkan beliau untuk hadir pada istiadat tersebut.

“Kesihatan tuan guru (Abdul Hadi) tidak mengizinkan, masih dalam tempoh pemulihan dan ada beberapa rawatan susulan di Terengganu,” katanya dipetik Kosmo.

Pihak Parlimen telah dimaklumkan tentang keuzuran Abdul Hadi

Menurutnya lagi, pihak Parlimen juga telah dimaklumkan mengenai ketidakhadiran dan keuzuran Abdul Hadi pada ketika ini.

“Surat dan sijil cuti sakit hospital telah dihantar kepada Tan Sri Speaker semalam untuk makluman,” katanya lagi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah menyampaikan titah diraja pada istiadat terbabit. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.