Gelagat Tengku Muhammad Dalam Kembara Kenali Borneo Cairkan Hati Ramai Wanita [Video]
Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, keletah dan perbuatan Tengku Muhammad nyata mencuit hati dan menghiburkan banyak pihak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah sedang dalam siri jelajah Kembara Kenali Borneo.
Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli menyertai siri jelajah yang bermula pada 3 hingga 13 September itu.
Tawau menjadi destinasi pertama baginda sebelum berakhir di Teluk Melano, Kuching, Sarawak melibatkan jarak perjalanan lebih kurang 2,154 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo.
Turut berangkat ke siri jelajah ini adalah empat orang anakanda baginda iaitu Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Gelagat Tengku Muhammad Jadi Tumpuan
Selain daripada sikap ramah dan prihatin Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong kepada warga Borneo terutamanya rakyat Sabah, apa yang lebih menarik perhatian adalah gelagat putera mereka ketika siri jelajah itu berlangsung.
Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, keletah dan perbuatan Tengku Muhammad nyata mencuit hati dan menghiburkan banyak pihak.
Misalnya ketika tiba di Lahad Datu, kelihatan Tengku Muhammad sempat bergurau bersama orang tempatan bermain ‘peekaboo’.
Kelihatan di video tersebut orang ramai bersorak dan terhibur dengan keletahnya.
Malah, ada juga video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @noc3noodle yang memaparkan gelagat Tengku Muhammad ketika menari tarian tradisional Sabah bersama bapanya.
“Tak pernah serius,” tulisnya di ruangan video berserta emoji ketawa.
Malah, menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Tengku Muhammad turut menerima hadiah dan wang pemberian daripada rakyat Sabah. Namun, gelagatnya ketika menerima hadiah seperti biskut Oreo membuatkan ramai geli hati.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Tengku Muhammad dalam siri jelajah Kembara Kenali Borneo pada kali ini.
Ada segelintir tidak menyangka baginda mempunyai sikap ‘sporting’ dan kelakar terutama ketika bersama rakyat.
Malah, ada yang memuji sikap anakanda Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong yang sangat merendah diri dan kelihatan ikhlas sewaktu bergaul bersama rakyat.
Bahkan, sikap Tengku Muhammad turut mencairkan hati ramai wanita hingga ada yang menggelarkannya sebagai ‘Prince Charming’.
Tengku Ini Kelakar
Ini Barulah Kerabat DiRaja Yang Disayangi Oleh Rakyat
Laju Tangan Ambil Duit Aunty Tu
Dalam Adik Beradik Mesti Ada Seorang Perangai Pelik & Kelakar
Untuk info, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah merupakan putera ketiga pasangan diraja Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda dilahirkan pada 3 Ogos 1997 dan merupakan pewaris takhta kedua dalam susur galur pewarisan takhta kerajaan negeri Pahang.
Baca Artikel Berkaitan: