fbpx
Now Reading
Bijak Belanja Raya, Ini Antara Jenama Yang Terjual Seperti ‘Hot Cakes’ Tahun Ini!
grabpray paylater

Bijak Belanja Raya, Ini Antara Jenama Yang Terjual Seperti ‘Hot Cakes’ Tahun Ini!

Yang masih belum sempat shopping untuk Hari Raya, jangan risau. Survey dulu dengan senarai yang kami sediakan ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja sambutan Hari Raya Aidilfitri, pastinya ramai yang bersemangat tahun ini. Mana tidaknya, sudah dua tahun rakyat tidak dibenarkan untuk menyambut Aidilfitri, tahun 2022 inilah masanya untuk mereka ‘all-out’.

Tapi, beraya sakan jangan lupa SOP okay?

Ha, cakap pasal raya. Barangan persiapan untuk menyambut Aidilfitri dah setel belum?

Jika belum, untuk anda di luar sana, kami menyediakan beberapa senarai jenama yang terjual seperti ‘hot cakes’ tahun ini. Kalau scroll di Instagram, Facebook atau Twitter – memang jenama dalam senarai ini sering menjadi pilihan orang ramai. Menarik!

Paling best, jenama-jenama ini anda boleh dapatkan menerusi Grab!

Pilihan yang ditawarkan pun boleh tahan banyak dengan jenama yang pelbagai. Sehinggakan rambang mata tak tahu nak beli apa, kesemuanya menarik hati.

Belanja & bayar dengan GrabPay atau PayLater

Kaedah pembayaran yang mudah ini adalah sama ada bayar sekarang (melalui GrabPay), atau PayLater (pada akhir bulan, atau secara ansuran).

Sumber: Grab Help Centre

Produk PayLater by Grab ini menawarkan peniaga untuk menyediakan pilihan pembayaran pascabayar dan ansuran yang lebih fleksibel dalam 4 kali ansuran (installments) atau bulan depan (postpaid) di luar talian dan dalam talian.

Tiada faedah, tiada kos pendahuluan dan tiada yuran selagi pembayaran balik dibuat tepat pada masanya. Menerusi data internal daripada pihak Grab, 80% menggunakan PayLater sebagai alat belanjawan untuk memudahkan aliran tunai mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri Grab PayLater ini, KLIK SINI.


Senarai Kedai/Jenama Yang Boleh Dibeli Dengan Ciri GrabPay dan PayLater!

1. JD Sports.

Sumber: TruRating

JD Sports adalah antara jenama baju, kasut, dan sports attire yang sangat terkenal di seluruh dunia. Kalau nak cari kasut kasual, baju Nike, Adidas, PUMA yang menarik dan pelbagai pilihan, silalah ke mana-mana cawangan JD Sports ini.

Kalau malas sangat keluar, beli sahaja online! KLIK SINI.

2. Max Fashion.

Sumber: Apparel Resources

Butik Max Fashion ini antara yang paling ramai orang serbu!

Mana tidaknya, harga baju yang berbaloi dengan pilihan yang banyak seperti ini memang selalunya menjadi pilihan rakyat Malaysia. Murah, banyak pilihan, kualiti pun terbaik! Jika ingin dibandingkan dengan kedai lain, Max Fashion ini dianggap sebagai ‘Primark versi Malaysia’.

Nak shopping di Max? KLIK SINI.

3. Viewnet.

Kaki gajet di luar sana pasti menggila kalau pergi Viewnet ini. Untuk anda yang inginkan gajet baharu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bolehlah singgah ke laman web atau kedai fizikal Viewnet ini untuk cuci mata.

Macam-macam ada. Bermula dari mouse, webcam, wireless earbuds, komputer, dan sebagainya!

Banyak juga pilihan dan yang paling best, hampir kesemua produk yang dijual tengah ada jualan murah! Kaki gamers kalau nak beli Razer Orochi V2, Mobile Wireless Gaming Mouse pun ada, harga memang berbaloi dan siap ada hadiah percuma!

Nak beli? KLIK SINI.

4. PG Mall.

PG Mall pun beraya sakan tahun ini ya. Malaysia #1 e-Commerce Platform ini hadir dengan tawaran Payweek Bonanza, Cashback, baucar, free shipping dan sebagainya!

Buka sahaja website PG Mall, dah rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Rasa nak check-out kesemuanya, tapi kami tahu itu hanya nafsu semata-mata. Paling menarik, di PG Mall ini korang boleh beli barangan dapur, ubat-ubatan, makanan, gajet, barangan elektronik, perabot, dan sebagainya.

Kira ‘all-in-one’, kan senang! Nak shopping boleh KLIK SINI.

5. Astro Go Shop.

Para wanita di luar sana paling gemar sekali bila sebut pasal Astro Go Shop ini! Sanggup tunggu di hadapan TV untuk tunggu pengumuman jualan murah daripada platform ini. Malah, penjualan barangan keperluan dapur sangatlah hangat sekali menerusi Astro Go Shop!

Korang nak cari apa? Blender? Air Fryer? Tudung? Jam? Kosmetik? Kesemuanya ada di sana. Tak perlu nak tukar-tukar website untuk membeli barangan keperluan. Buka sahaja Astro Go Shop ini, ha menyelamlah korang dalam tu.

Tak percaya, KLIK SINI.


‘Jimat-jimat, Ingat-ingat’

Bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya, Grab Malaysia menjemput orang ramai untuk meneruskan amal kebajikan mereka dengan ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’.

Rakyat Malaysia boleh menjadikan penjimatan mereka di Grab sebagai usaha amal dengan menukar GrabRewards mereka sebagai sumbangan untuk pelbagai komuniti.

Sebagai tambahan, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya. Antara badan amal dan organisasi yang pengguna boleh menyokong melalui inisiatif ini termasuk:

  • Islamic Relief Malaysia.
  • PERTIWI.
  • MERCY Malaysia dan banyak lagi.

Di samping memadankan semua sumbangan GrabRewards yang dibuat pada masa ini, Grab menawarkan tawaran dan diskaun hebat di seluruh perkhidmatannya serta melancarkan usaha lain untuk membantu keperluan perayaan rakyat Malaysia contohnya seperti:

  • Baju raya edisi terhad rakan Grab.
  • Tawaran ekslusif dengan GrabUnlimited.
  • Glam Raya bersama Grab.
  • GrabMart resepi Ramadan on-the-way.
  • Jimatkan perjalanan perayaan.
  • Dapat ganjaran ketika menghantar hadiah.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi sempena perayaan Ramadan dan Raya tahun ini, sila layari: JIMAT-JIMAT, INGAT-INGAT!

BACA SINI: Grab Tawar Promosi ‘Jimat-jimat, Ingat-ingat’ Sempena Ramadan & Raya Tahun Ini

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.