fbpx
Now Reading
Carsome Lantik Lagenda Bola Sepak Eric Cantona Jadi Duta Jenama

Carsome Lantik Lagenda Bola Sepak Eric Cantona Jadi Duta Jenama

Dalam kapasitinya sebagai duta jenama, Cantona bakal memainkan peranan aktif dalam mempromosikan aktiviti CARSOME yang akan diadakan pada tahun ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat sukan bola sepak pasti cukup kenal dengan ikon yang juga lagenda Manchester United, Eric Cantona.

Meskipun sudah lebih 2 dekad meninggalkan dunia bola sepak, karisma yang ditunjukkan Eric Cantona yang turut mendapat jolokan ‘King Eric’ menyaksikan beliau meninggalkan legasi dalam sejarah bola sepak dan kekal sebagai tokoh yang berpengaruh sehingga hari ini.

Malah namanya terus gah dan bersinar apabila beliau mula menceburkan diri di dalam dunia perfileman.

Lancar Kempen CARSOME x Cantona

Terbaharu CARSOME, platform e-dagang kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara telah melantik Cantona atau lebih dikenali sebagai ‘King Eric’ untuk menjadi duta jenama mereka.

Sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat dari generasinya, Cantona dan CARSOME berkongsi keinginan yang sama dalam semangat berterusan mereka untuk melangkaui jangkaan demi peminat dan pengguna mereka.

Dalam kapasitinya sebagai duta jenama, Cantona bakal memainkan peranan aktif dalam mempromosikan aktiviti CARSOME yang akan diadakan pada tahun ini.

Ini termasuklah kempen pengiklanan menyeluruh syarikat di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana CARSOME merupakan peneraju pasaran.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, Eric Cheng menjelaskan bahawa semangat Cantona yang tidak mengenal erti penat untuk mencapai yang terbaik buat peminat bola sepak. Semangat ini berpadanan dengan azam CARSOME untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan kereta seterusnya menjadikan CARSOME sebagai platform yang boleh dipercayai untuk membeli atau menjual kereta.

“Kami teruja untuk melantik Eric Cantona sebagai duta jenama CARSOME. Saya percaya personifikasi Cantona yang sentiasa mengejar kemenangan dan sikap keberanian yang ditunjukkan sepanjang hayat dan kerjayanya akan membawa CARSOME ke tahap yang lebih tinggi dalam pasaran kereta terpakai sekaligus memberi peluang untuk kami terus menyediakan kepercayaan, ketelusan dan pilihan kepada pelanggan kami.”

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, Eric Cheng

Kini pada tahun 2022, CARSOME telah menetapkan piawaian industri untuk pelanggan membeli kereta pramilik terjamin kualiti melalui CARSOME Certified. Melalui CARSOME Certified, pelanggan boleh merasai pengalaman membeli kereta tanpa kerumitan dan pulang dengan yakin bersama kereta berkualiti yang telah dibaik pulih. Kereta CARSOME Certified juga telah melalui pemeriksaan 175-titik yang ketat dan melalui proses baik pulih yang teliti. Sebagai syarikat pertama dalam pasaran yang menawarkan jaminan lanjutan selama setahun dan jaminan wang dikembalikan dalam masa lima hari, dengan pilihan sehingga 30 jenama kereta, CARSOME berkongsi keberanian Cantona untuk memecahkan sempadan normal bagi mengekalkan kedudukan teratas dan menjadi pemimpin.

Keazaman Cantona yang unik juga melambangkan perjalanan CARSOME yang tidak pernah putus asa dalam mengubah pengalaman transaksi dan pemilikan kereta di Asia Tenggara dengan menyampaikan janji jenama CARSOME. Ianya dibawa menerusi kepercayaan, ketelusan dan pilihan kepada pengguna dan pengedar melalui platform teknologi dan kepakaran kami yang mendalam.

“Saya gembira melihat usaha progresif dan inovatif yang dilakukan oleh jenama terkemuka di Asia Tenggara seperti CARSOME. Saya yakin usahasama ini akan dapat mencapai lebih ramai pembeli kereta di luar sana sekaligus memperkenalkan standard industri tinggi yang telah ditetapkan oleh CARSOME Certified, dan seterusnya mengalu-alukan mereka ke dunia di mana perjalanan pemilikan kereta adalah proses yang boleh dipercayai dan menyenangkan.”

Lagenda Bola Sepak dan Pelakon, Eric Cantona

Kempen CARSOME x Cantona secara rasminya bermula di Malaysia dan Indonesia pada Khamis, 14 Julai dan akan diperkenalkan di Thailand dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang acara Cantona di masa akan datang, layari https://www.carsome.my/ atau halaman media sosial CARSOME.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.