fbpx
Now Reading
Naza TTDI Rai Ulang Tahun Ke-50 Dengan Kempen Ganjaran Kepada Pembeli

Naza TTDI Rai Ulang Tahun Ke-50 Dengan Kempen Ganjaran Kepada Pembeli

Pembeli hartanah NAZA TTDI berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan seperti Mercedez Benz EQA 250 dan Suzuki Swift Sport.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) melancarkan kempen “Keharmonian Hidup” sempena sambutan ulang tahun yang ke-50 syarikat hartanah itu bagi menghargai pelanggan dan juga pihak berkepentingan atas sokongan mereka selama ini.

Pelancaran kempen tersebut diumumkan oleh Pengerusi NAZA TTDI, Datuk Jasmy bin Ismail ketika Malam Apresiasi Media Naza TTDI yang berlangsung semalam (31 Januari) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pelbagai peluang dan cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh 50 tahun

Menurut Datuk Jasmy, ulang tahun kali ini amatlah penting bagi NAZA TTDI kerana sepanjang tempoh 50 tahun tersebut pelbagai peluang dan cabaran yang telah dihadapi oleh mereka.

Ujarnya, bagaimanapun NAZA TTDI tetap teguh dalam fokus mereka untuk menawarkan kediaman dan komersial yang menawarkan serta menekankan penawaran nilai maksimum, inovasi dan kualiti.

“Ketika kami meraikan sambutan Jubli Emas tahun ini, kami akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian kami dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, serta projek premium dan mercu tanda.

“Kami telah merancang pelbagai aktiviti dalam tempoh 6 bulan akan datang untuk memperingati peristiwa penting ini di bawah Kempen Ulang Tahun ke-50 kami,” katanya.

NAZA TTDI umumkan cabutan bertuah kepada pembeli hartanahnya

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, NAZA TTDI juga mengumumkan cabutan bertuah untuk pembeli hartanahnya.

Cabutan bertuah ini hanya dibuka kepada pembeli unit dalam projek terpilih sahaja iaitu MET1 Residences, Sentralus Sovo, Plaza TTDI, TTDI Ascencia, Trio Permai (Soho), Trio Permai (Kedai) dan TTDI Za’aba.

Pembeli berpeluang memenangi sebuah Mercedes Benz EQA 250

Lebih menarik lagi, cabutan bertuah itu juga menawarkan hadiah yang lumayan bernilai lebih RM500,000 termasuk sebuah kereta Mercedes Benz EQA 250 dan Suzuki Swift Sport yang akan dimilik pemenang.

Cabutan bertuah ini akan dijalankan secara berperingkat iaitu pada bulan Mei, Julai dan cabutan bertuah utama pada bulan Ogos 2023.

Kempen tersebut bermula pada bulan ini sehingga Julai 2023 serta menawarkan juga pelbagai aktiviti seperti cabaran dan peraduan media sosial, serta acara yang mempromosi gaya hidup sihat dan mampan seperti acara Berbasikal dan Jejak Hutan.

Sumbangan NAZA TTDI kepada pertubuhan dan pembangunan komuniti Lembah Klang

Untuk info, sepanjang tempoh 50 tahun perjalanannya sejak penubuhan pada 1973, NAZA TTDI telah menyumbang kepada pertubuhan dan pembangunan komuniti di Lembah Klang melalui pembangunan dan projeknya.

Rentetan pencapaian NAZA TTDI termasuk menyiapkan perbandaran terkenal berskala besar, yang mampu menjadi mercu tanda seperti TTDI, TTDI Alam Impian, Platinum Park dan MITEC.

Selain itu, NAZA TTDI juga telah berjaya menyiapkan lebih 25,000 unit kediaman dan komersil yang mendapat tempat di hati ramai kerana mereka fokus kepada pembangunan yang mampu meningkatkan kualiti hidup.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.