fbpx
Now Reading
Dior Lancar ‘Pop Up Store’ & Kafe Sempena Koleksi Dioriviera Di Ember Beach Club, Desaru
DIORIVIERA

Dior Lancar ‘Pop Up Store’ & Kafe Sempena Koleksi Dioriviera Di Ember Beach Club, Desaru

‘Pop Up Store’ dan juga Kafe Dior yang bertempat di One&Only Desaru Coast, Ember Beach Club sempena koleksi kapsul Dioriviera berlangsung dari 13 Jun sehingga 6 Ogos 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kepada anda yang menggemari warna merah jambu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati suasana penuh dengan warna ‘pink’ di sebuah lokasi bertempat di Desaru, Johor Bahru.

Bermula 13 Jun sehingga 6 Ogos 2023, House of Dior akan mengambil alih Ember Beach Club yang ikonik di One&Only Desaru Coast dengan menganjurkan ‘pop up store’ serta Kafe Dior khusus untuk koleksi kapsul Dioriviera.

Untuk musim kali ini, Pengarah Kreatif Dior Maria Grazia Chiuri mengekalkan jiwa pengembaraan menerusi barangan asas jenama tersebut termasuklah Toile de Jouy Sauvage.

Sumber: Twitter @mhdhafizee

Variasi Toile de Jouy Sauvage ini digunakan pada barangan seperti:

  • beg tangan ikonik jenama Dior iaitu Lady D-Lite
  • Dior Book Tote
  • Lady Dior Wicker
  • Dior Silk Top
Sumber: Twitter @mhdhafizee

Selain boleh mencuci mata dengan koleksi hiasan dan juga pakaian ‘Ready-To-Wear’ eksklusif untuk koleksi Dioriviera di ‘pop up store’, Dior turut mempamerkan barangan rumah dan gaya hidup seperti tikar yoga, papan meluncur, set ping pong dan kusyen dengan corak musim panas yang sama.


One&Only Desaru Coast Dipenuhi Dengan Hiasan Berwarna Pink Mengikut Koleksi Kapsul Dioriviera Dari Jenama Dior

One&Only Desaru Coast di Ember Beach Club, Johor Bahru kini bertukar menjadi lokasi yang sangat Instagramable dan seolah-olah berada di kawasan pantai luar negara.

Sangat ‘classy’ dan ‘vogue’!

Sumber: Instagram @schaalyahya/ @zahirahmacwilson/ @neelofa

Pemandangan di kawasan sekeliling pantai itu dipenuhi dengan kerusi dan payung teduhan untuk bersantai di hadapan kolam. Sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa, boleh juga melihat suasana pantai yang sungguh mendamaikan.

Untuk pengetahuan anda, corak pada kerusi-kerusi tersebut adalah berdasarkan kapsul koleksi Dioriviera ya. Cantik sangat!

Sumber: Twitter @mhdhafizee
Sumber: Twitter @mhdhafizee/ Instagram @zahirahmacwilson

Kafe Dior.

Selepas bersantai dan bergambar di bahagian luar, anda boleh menikmati hidangan atau minuman untuk membasahkan tegak di Kafe Dior. Hiasan dalam Kafe Dior ini juga tampil dengan gaya yang mewah dan eksklusif.

Kafe Dior ini menyediakan menu ‘Full Course’ dengan jumlah maksimum 4 orang dan minum petang untuk dua orang.

Kepada anda yang berminat untuk menikmati hidangan di Kafe Dior, tempahan awal perlu dibuat terlebih dahulu di laman web mereka.

Sumber: Twitter @mhdhafizee

Untuk mereka yang berminat untuk mengunjungi ‘Pop Up’ Dior bersempena dengan koleksi kapsul Dioriviera ini, anda perlu membuat tempahan dengan klik [DI SINI].

Dior Pop-Up Store dan Kafe Dior

  • Lokasi: Ember Beach Club, One&Only Desaru Coast Darul Ta’zim, Persiaran Damai, Desaru Coast Bandar Penawar, 90, 81930, Johor.
  • Tarikh: 13 Jun sehingga 6 Ogos 2023
  • Waktu operasi untuk ‘pop up store’: 10:00am sehingga 8:00pm
  • Waktu operasi untuk Kafe Dior: 10:30am sehingga 10:00pm
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.