fbpx

GrabFood Kini Diperluas Ke Seluruh Negara

GrabFood kini menawarkan perkhidmatan di lebih daripada 100 daerah Malaysia iaitu bersamaan dengan 95% daripada anggaran warga Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

GrabFood Malaysia mengumumkan perluasan rangkaian servis di seluruh Malaysia bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-5.

Perkhidmatan platform Penghantaran Makanan No. 1 itu kini telah menapak di lebih daripada 100 Daerah Malaysia sejak dilancarkan pada Mei 2018 – bersamaan dengan 95% penduduk Malaysia.

Mengulas mengenai pencapaiannya, Pengarah Komersial dan Penghantaran, Grab Malaysia, Jiong Jian Tan menekankan bahawa strategi perluasan ini tidak terbatas hanya kepada kawasan perkhidmatan.

“Kami memperkasa khidmat kami secara lokal demi kemaslahatan masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun,  kami juga sedang berikhtiar untuk menambah baik servis kami selari dengan keperluan komuniti di Malaysia. GrabFood akan berusaha untuk menyesuaikan penghantaran on-demand dengan keperluan anda melalui inovasi teknologi terkini bagi menjamin kepentingan para pelanggan dan pemilik restoran.”

Katanya lagi GrabFood telah menambah jumlah pilihan restoran bagi memudahkan para pengguna. Secara purata, jumlah restoran rakan peniaga mereka telah mencecah dua kali ganda setiap tahun sejak penubuhan GrabFood pada tahun 2018.

“Selain itu, kami turut menumpukan perhatian kepada penambahbaikan yang menguntungkan para pengguna. Baru-baru ini, kami telah melancarkan Saver Delivery yang menawarkan caj penghantaran yang paling rendah iaitu serendah RM1.

“Bukan itu sahaja, GrabUnlimited juga menawarkan potongan harga berbaloi untuk semua perkhidmatan Grab – perubahan ini memberi pelbagai peluang untuk warga Malaysia menjimat.”

Melengkapi Rakan-Peniaga Dengan Alatan Untuk Berkembang

Perkhidmatan penghantaran makanan semakin berkembang pesat di Asia Tenggara. Pada tahun 2022, pengguna GrabFood membuat pesanan sebanyak 1.48 kali ganda berbanding tahun 2019, manakala purata keuntungan bulanan rakan peniaga kecil telah bertambah sebanyak 26% selepas setahun berdaftar dengan Grab.

Justeru, lebih ramai peniaga memanfaatkan pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan. Oleh itu, Grab menyediakan kelengkapan dan program relevan bagi membantu rakan peniaga meluaskan pasaran masing-masing. 

  • Pulangan 6X daripada iklan digital – ‘Ads Manager’, alat layan-diri yang terdapat dalam aplikasi GrabMerchant membolehkan rakan peniaga mencipta dan mengesan iklan digital sendiri melalui peranti mudah alih mereka dalam masa kurang 3 minit. Secara purata, GrabAds memberikan pulangan 6X bagi setiap dolar yang digunakan untuk pengiklanan bagi rakan peniaga kecil Grab di rantau ini.
  • Strategi berasaskan data – Data & insights tool membolehkan rakan peniaga untuk menguruskan perniagaan, memantau hasil jualan, memerhatikan tabiat membeli pelanggan sekaligus membantu mereka untuk merebut peluang perniagaan dan menangani masalah dengan lebih efisien.
  • Meningkatkan kemahiran digital – GrabAcademy for Merchants menyediakan rakan peniaga dengan cara terbaik untuk menjalankan dan memajukan perniagaan secara dalam talian.

“Pengalaman yang terbaik untuk ekosistem Grab adalah keutamaan kami –  apa yang bermula sebagai perkhidmatan menyampaikan makanan yang mudah kini telah berkembang menjadi industri vital di Malaysia atas pelbagai faktor. Kini, melalui aplikasi Grab, para pengguna dapat merasai pengalaman tempatan yang unik – hyperlocal experience – di negeri yang dilawati tanpa mengira lokasi semasa,” akhiri Tan

Kedudukan GrabFood sebagai pemain utama dalam penghantaran makanan terkemuka di Malaysia disokong oleh tinjauan mengenai jenama yang paling kerap digunakan di kalangan pengguna penghantaran makanan yang dijalankan oleh Kantar, syarikat data, pandangan dan perunding terkemuka dunia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.