Ini 8 Tempat Menarik Yang Ada Di Fraser’s Hill Untuk Bercuti Bersama Kawan Atau Keluarga
Jika anda tinggal di kawasan sekitar Kuala Lumpur, masa yang diambil untuk sampai ke Fraser’s Hill ini hanyalah dalam jangka waktu 2 ke 3 jam sahaja dengan jarak perjalanan lebih kurang 100 kilometer.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bukit Fraser atau lebih dikenali sebagai Fraser’s Hill adalah salah satu kawasan pelancongan tanah tinggi yang ada di Malaysia.
Fraser’s Hill ini juga merupakan kawasan yang paling sesuai untuk bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan sekiranya inginkan pusat peranginan yang tidak terlalu jauh daripada kesibukan bandar Kuala Lumpur.
Jika anda tinggal di kawasan sekitar Kuala Lumpur, masa yang diambil untuk sampai ke Fraser’s Hill ini hanyalah dalam jangka waktu 2 ke 3 jam sahaja dengan jarak perjalanan lebih kurang 100 kilometer.
Namun, Fraser’s Hill ini tidaklah begitu popular seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands menyebabkan ramai orang tidak mengetahui tempat menarik di kawasan itu.
Oleh itu, mari kami kongsikan lapan tempat menarik yang ada di Bukit Fraser menurut laman Twitter @TarmiziAnuwar.
#1 Bird Interpretive Center Fraser’s Hill
Di tempat ini, anda boleh melihat pelbagai spesies burung yang ada sambil belajar mengenai bagaimana cara binatang ini membiak, jadi Bird Interpretive ini sangat bagus untuk kanak-kanak.
Selain itu, kawasan ini juga merupakan tempat untuk pemerhatian burung, lebih kurang dalam 270 spesis burung tempatan dan yang bermigrasi ada di sini.
#2 Menara Jam
Menara jam ini merupakan kawasan yang paling digemari oleh geng-geng OOTD, kalau ambil gambar dengan menjadikan Menara Jam itu sebagai background memang cun habis.
Untuk info, Menara Jam ini juga merupakan ikon bagi Bukit Fraser selain suasana di waktu pagi juga akan berkabus menambahkan lagi kecantikan di kawasan ini.
Area berdekatan ada pondok telefon lama, memang klasik.
#3 Pejabat Pos Malaysia
Betul-betul terletak di sebelah menara jam. Dibina sekitar 1923 oleh pihak British mengikut reka bentuk bangunan British. Bangunan ini merupakan bangunan asal dan masih beroperasi.
Untuk dijadikan kawasan bergambar juga cantik, sama seperti di Menara Jam tadi.
#4 Glasshouse
Jika ingin menikmati kopi atau teh ala-ala di luar negara, korang boleh datang ke Glasshouse yang ada di Bukit Fraser ini.
Selain itu, kawasan ini juga menjual pokok cactus sama seperti di Cameron Highlands jika ada yang ingin membelinya sebagai cenderahati.
#5 Allan’s Water
Allan’s Water ini suatu masa dahulu merupakan empangan ketika zaman jajahan British, tetapi kini menjadi tempat rekreasi dengan pemandangan alam semula jadi yang indah.
Pelbagai aktiviti yang boleh korang lakukan di sini seperti menaiki bot dan bagi makan kepada ikan yang ada di dalam tasik tersebut.
Kayuh bot RM8 untuk 15 minit. Boleh naik dua orang. Pastu makanan ikan RM2/bungkus. Ikan-ikan dalam tu memang besar dan ada banyak jenis.
#6 Paddock Fraser Hill
Bagi yang ingin menaiki kuda, korang boleh datang ke Paddock Fraser’s Hill ini. Caj yang dikenakan juga tidaklah terlalu mahal.
RM10 untuk satu pusingan dan untuk sekali pusingan itu boleh dinaiki maksimum dua orang.
Namun, bayi yang berumur satu tahun ke bawah tak digalakkan untuk menaiki kuda, tapi korang boleh tangkap gambar dengan kuda secara percuma. Pekerja di sana juga kebanyakannya peramah.
#7 Kelab Golf Diraja Bukit Fraser
Untuk pengetahuan korang, Kelab Golf Diraja Bukit Fraser ini merupakan padang golf tertua dan pertama di Malaysia.
Kawasan ini tidaklah terlalu besar kerana hanya mempunyai 9 lubang bola golf sahaja, tapi sangat puas hari melihat pemandangan hutan yang menenangkan dan serba hijau.
#8 Pine Tree Trail
Akhir sekali, bagi yang inginkan aktiviti yang sedikit mencabar stamina, korang boleh pergi ke Pine Tree Trail.
Kawasan ini dibina oleh British untuk sampai ke puncak bagi melihat pemandangan yang cantik. Jarak sejauh 5.5 kilometer dan memerlukan sekitar 7 hingga 8 jam perjalanan pergi dan balik.
Agak jauh juga, tapi pemandangan yang disajikan di atas puncak memang sangat berbaloi, terus hilang rasa penat bila melihatnya.
Apa tempat menarik kalau nak bercuti/short vacation?
— tba (@TarmiziAnuwar) July 1, 2023
Aku cadang Fraser’s Hill.
1. Bagi aku Fraser’s Hill sangat selesa untuk bercuti dan rehat. Sejuk mcm Cameron Highlands tp tidak perlu bersesak-sesak.
2. Dekat sini penuh dengan tempat sejarah, apartment, tapak… pic.twitter.com/Jd3cWGjaQX