fbpx

Ramai Tak Tahu, Ini Yang Akan Berlaku Jika Kita ‘Cut Sugar’ Selama 2 Minggu

Tidak dinafikan, gula sememangnya mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan diri selain dapat menambah tenaga untuk tubuh badan, tetapi dapat memberi kesan buruk jika diambil secara berlebihan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cuba anda fikirkan atau ingat kembali berapa banyak gula yang diambil dalam masa sehari, pasti tak terkira bukan.

Tidak dinafikan, gula sememangnya mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan diri selain dapat menambah tenaga untuk tubuh badan.

Pun begitu, jika kandungan gula diambil terlalu banyak melebihi apa yang diperlukan oleh badan manusia, maka ia akan mendatangkan kemudaratan.

Jadi untuk mengekalkan kesihatan diri, pengambilan gula haruslah dikawal atau dalam bahasa mudahnya sebagai ‘cut sugar’.

Oleh itu, kami akan kongsikan lapan kesan yang akan berlaku sekirannya seseorang itu ‘cut sugar’ selama dua minggu menurut laman Twitter akaun @Dinidy90.

#1 Tingkatkan Stamina

Pada awalnya, anda mungkin akan merasa tidak bertenaga kerana gula juga dapat membantu meningkatkan energi dalam badan.

Tetapi selepas tubuh badan sudah mula dapat menerima kandungan gula yang tidak terlalu tinggi, stamina dalam badan akan meningkat apabila berat badan yang dahulunya naik kerana gula kini sudah berkurang.

#2 Craving makan manis semakin kurang

Kebanyakan orang pasti akan ada perasaan mengidam untuk memakan sesuatu yang manis seperti coklat mahupun manisan lain seperti gula-gula.

Namun dengan mengawal pengambilan gula, perasaan craving makan sesuatu yang manis juga akan berkurang.

#3 Turun berat badan

Pengurangan gula akan memberi kesan kepada berat badan yang membuat anda lebih kurus dan sihat.

Ini merupakan kesan daripada aktiviti di dalam tubuh badan yang sepatutnya membakar gula untuk dijadikan sebagai sumber tenaga terpaksa ditukarkan kepada gula sekali gus memicu penurunan berat badan.

#4 Muka making glowing dan bentuk wajah makin cantik

Tidak hanya itu, mengawal pengambilan gula agar tidak berlebihan juga dapat membantu kulit muka menjadi sihat seiring dengan penurunan berat badan.

Selain itu juga, ia dapat menjadikan bentuk wajah anda menjadi semakin cantik. Ini kerana pengurangan gula dalam diet dipercayai mampu membuatkan raut wajah lebih tirus serta kurus.

#5 Mood semakin baik

Tahukah anda, pengambilan gula yang berlebihan juga akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur pada waktu malam kerana mendapat tenaga yang berlebihan.

Hal ini akan menyebabkan seseorang itu tidur lewat dan tidak cukup tidur pada keesokannya sekaligus menyebabkan gangguan emosi.

Oleh itu, cut sugar sebenarnya dapat mengembalikan waktu tidur berkualiti anda dan menyebabkan mood menjadi semakin baik.

#6 Kolestrol makin kurang

Ramai orang berfikir bahawa lemak sahaja yang dapat meningkatkan kolestrol, namun hakikatnya gula juga dapat menyebabkan masalah kolestrol menjadi tinggi.

Hal ini kerana diet yang tinggi gula boleh menyebabkan hati anda menghasilkan lebih banyak kolesterol dan trigliserida dalam badan.

Menurut sebuah kajian, individu yang mendapatkan 10% kalori mereka daripada gula mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mengalami masalah kolesterol tinggi, lapor hello doktor.

#7 Gigi makin sihat dan kuat

Seperti ramai ketahui, gula sememangnya tidak baik untuk kesihatan gigi jika diambil secara berlebihan.

Ini kerana gula disifatkan sebagai magnet yang dapat menarik setiap bakteria jahat di dalam mulut untuk berkumpul. Ia kemudian menyebabkan tahap keasidan mulut menjadi amat tinggi sekaligus dapat menjejaskan kesihatan gigi.

Oleh itu, jika seseorang itu mengawal pengambilan gula, maka secara tidak langsung tahap keasidan mulut menjadi rendah dan dapat meningkatkan kesihatan gigi kembali.

#8 Daya ingatan makin kuat

Selain itu, pengambilan gula secara berlebihan juga boleh menyebabkan ingatan terjejas dan dikaitkan dengan peningkatan risiko demensia.

Jadi, jika anda mengawal pengambilan gula selama dua minggu secara tidak langsung daya ingatan juga menjadi semakin kuat kerana ia tidak dapat mempercepatkan penurunan kognitif, menurut hello doktor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.