fbpx
Now Reading
myTukar Lancar Filem Pendek, ‘Generasi Tukar’ Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia [Video]

myTukar Lancar Filem Pendek, ‘Generasi Tukar’ Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia [Video]

Filem pendek 90 saat yang bertajuk ‘Generasi Tukar’ (Tukar Generation) menampilkan barisan pelakon murid sekolah berumur antara 7 hingga 9 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekosistem kereta terpakai yang paling pesat berkembang di Malaysia, myTukar ”Powered by Carro,” memperingati Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan sebuah filem pendek baru yang memaparkan nilai-nilai perpaduan, diversiti dan cita-cita.

Filem pendek 90 saat yang bertajuk ‘Generasi Tukar’ (Tukar Generation) menampilkan barisan pelakon murid sekolah berumur antara 7 hingga 9 tahun.

Mereka berkongsi tentang impian dan perubahan luar biasa yang mereka harap untuk laksanakan tanpa mengira bangsa ataupun latar belakang. Filem pendek yang menggunakan Bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan dialek Sarawak itu menyampaikan mesej bahawa tiada impian yang terlalu kecil atau terlalu besar, dan perubahan yang besar tidak akan berlaku tanpa sebuah perjalanan yang bermakna.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) myTukar Derrick Eng berkata pihaknya ingin mengingatkan warga Malaysia yang semua individu pernah menanam cita-cita besar semasa kanak-kanak dan ianya boleh menjadi kenyataan.

“Ketika di awal penubuhan myTukar, kami bercita-cita untuk mengubah pengalaman menjual dan membeli kereta terpakai untuk para pelanggan. Dengan berbekalkan satu visi untuk menggiatkan semula industri kereta terpakai, kami kini memacu perubahan yang telah membantu mempertingkatkan industri kereta terpakai.

“Filem ini adalah sepucuk surat cinta yang didedikasikan kepada seluruh warga Malaysia dan kami berharap agar mesej filem ini akan memberikan inspirasi khususnya kepada mereka yang berusaha untuk membuat perubahan dalam komuniti masing-masing.”

Menurut Pengerusi dan Pengasas myTukar, Fong Hon Sum pula, ia merupakan satu perjalanan yang menakjubkan sepanjang enam tahun itu.

“Kami bermula di sebuah lot kedai di Glenmarie dengan hanya lima pemegang saham, 30 kakitangan dan 60 pengedar kecil. Kini, kami sebuah perniagaan yang menguntungkan dan disokong oleh teknologi, ketelusan dan kepercayaan, serta turut menyediakan perkhidmatan pembiayaan menerusi Genie.

“Kami berbangga kerana kami berjaya mengekalkan semua staf kami ketika pandemik COVID-19, malah terdorong untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran ketika itu. Kini, kami menggajikan lebih daripada 1,000 orang di Malaysia. Kami berharap agar filem ini akan menginspirasikan para perintis dan peneraju perubahan generasi akan datang untuk mencapai impian mereka walaupun menghadapi rintangan.”

Filem ini juga boleh ditonton di saluran Instagram dan Facebook myTukar. Untuk maklumat lanjut mengenai myTukar, sila layari myTukar.com.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.