fbpx
Now Reading
Secret Recipe Perkenal Kek Strawberry Rose, Boleh Didapati Bermula 12 Disember

Secret Recipe Perkenal Kek Strawberry Rose, Boleh Didapati Bermula 12 Disember

Kek ini menyatukan perisa buah strawberi dengan sentuhan flora yang lembut, menggunakan strawberi segar dan kelopak ros sebenar serta bahan-bahan lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Strawberi dan ros sentiasa mendapat tempat istimewa dalam dunia percintaan dan sering kali menggambarkan keindahan dan kemanisan cinta.

Malah dunia seni dan sastera meraikan ‘rasa cinta’ dengan buah strawberi dan bunga ros dalam nukilan lirik dan tajuk lagu, sajak dan puisi sejak dulu lagi.

Antara lagu yang cukup popular pula pastinya “Strawberry Swing” oleh kumpulan muzik terkemuka, Coldplay ke “La Vie en Rose” oleh Édith Piaf.

Kini pelopor cita rasa kek Malaysia, Secret Recipe, menggandingkan dua elemen ini dalam kek terbaharu mereka iaitu Strawberry Rose, hasil ciptaan yang mengikat kasih dengan strawberi manis dan juga kelopak ros menawan yang pasti menambat hati dan selera.

Secret Recipe menjemput orang ramai untuk menikmati kek Strawberry Rose, yang mengadunkan dua simbol romantik dalam campuran perisa yang menarik.

Dibuat dengan teliti dan sepenuh hati, kek ini menyatukan perisa buah strawberi dengan sentuhan flora yang lembut, menggunakan strawberi segar dan kelopak ros sebenar, telur, krim, tepung, dedak gandum, gelatin, krim putar dan biji labu, menghasilkan keenakan nikmat rasa.

“Di Secret Recipe, kami sentiasa berusaha mencipta pengalaman menjamu selera yang memenuhi cita rasa dan mengukir kenangan manis di dalam hati pelanggan. Hasil ciptaan ini merupakan cara kami menyemai kasih sayang dan mencetus keajaiban dalam hidangan yang lazat. Kami yakin bahawa perisa, aroma dan tekstur kek ini mampu merangsang emosi dan mencipta memori indah, sambil mengeratkan hubungan sesama insan,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran di Secret Recipe.

“Kek Strawberry Rose mencerminkan sentimen ini, menjalinkan nikmat rasa manis-manis masam strawberi dengan sentuhan pati ros. Kami teruja untuk memperkenalkan kek ini, yang kami harap akan menambat selera pelanggan dan menjadi simbol keraian dan kasih sayang. Inilah jemputan kami untuk menikmati bukan sahaja kek atau manisan, tetapi kisah cinta yang tersendiri dalam setiap rasa,” tambahnya.

Mulai semalam (12 Disember), kek Strawberry Rose boleh didapati di semua cawangan prinsipal Secret Recipe, dijual pada harga RM98 untuk satu kek dan RM11 untuk sepotong.

Kek ini boleh didapati di semua cawangan di Semenanjung Malaysia. Hasil ciptaan istimewa ini bakal memeriahkan sambutan pelbagai perayaan, diberikan sebagai tanda kasih kepada orang-orang tersayang, atau sebagai ganjaran bagi mereka yang inginkan sentuhan romantik tatkala menikmati kek yang sedap berkrim.

Secret Recipe yang ditubuhkan pada 1997, ialah rangkaian kafe kek terulung dan terbesar di Malaysia yang menawarkan hidangan lazat untuk semua, termasuk pelbagai pilihan menu, sajian utama dan manisan yang menjadikannya jenama kegemaran dan pilihan utama keluarga-keluarga di Malaysia. Selama 26 tahun,  Secret Recipe telah menambat selera pelanggan dengan pilihan masakan yang diminati rakyat Malaysia sehinggalah menjadi nama yang dikenali ramai pada masa ini.

Langkah memperkenalkan kek Strawberry Rose sekali lagi memperlihatkan dedikasi Secret Recipe untuk menyediakan pilihan gourmet luar biasa yang sesuai dengan setiap perayaan, sama ada kecil atau besar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.