fbpx

Asyraf Khalid & Ishraq Kamarudin Perkenal Podcast ‘Apa Cerita?’, Mahu Jadi Inspirasi Buat Golongan Muda

Siri pertama diperkenalkan dalam podcast Apa Cerita? adalah, “Founder Series” yang memberikan fokus kepada pengasas perniagaan tempatan Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahun baru 2024 menjadi titik permulaan iaitu pada 1 Januari 2024 apabila dua orang sahabat baik ini memutuskan untuk melebarkan sayap dengan melancarkan saluran podcast baru yang diberi nama “Apa Cerita?” atau lebih tepatnya “What’s the story?”.

Namun, istilah ini telah menjadi slang dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakannya sebagai sebutan untuk “What’s up?”.

Untuk rekod, podcast ini dihoskan oleh Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin.


Podcast: Apa Cerita?

Konsep keseluruhan Apa Cerita? ini adalah untuk memberikan inspirasi kepada golongan muda agar menjadi versi terbaik diri melalui kisah kejayaan individu menarik dan berjaya.

Siri pertama diperkenalkan adalah, “Founder Series” yang memberikan fokus kepada pengasas perniagaan tempatan Malaysia.

Dan setakat ini, 7 episod telahpun dikeluarkan.

Asyraf dan Ishraq dalam masa yang sama memaklumkan bahawa mereka ingin menghasilkan episod baharu setiap minggu pada hari Isnin, jam 8 malam.

Bukan itu sahaja, mereka turut merancang untuk memperluaskan lagi podcast kepada siri CEO, siri Influencer, dan siri Artis. Ini merangkumi tiga bidang kerjaya, serta kisah-kisah menarik dan penuh inspirasi dari individu-individu dalam bidang kerja tersebut.


How It All Started?

Asyraf dan Ishraq sebelum ini adalah rakan kongsi untuk perniagaan pertama mereka pada tahun 2016, A Klasse Essentials Sdn Bhd – dengan matlamat mengembangkan produk kolaborasi dengan artis.

Kolaborasi pertama adalah jenama Madame Izara yang melibatkan artis Izara Aishah yang juga adik ipar kepada Asyraf.

Pada masa yang sama, Asyraf juga memulakan acara perkongsian langsung yang dipanggil “The Story,” yang serupa dengan Apa Cerita?, tetapi dihoskan di Istana Budaya. Acara ini menjemput individu berjaya seperti Tun Mahathir, Siti Nurhaliza, dan Datuk Kamarudin AirAsia.

Pada tahun 2018, Ishraq meninggalkan perniagaan tersebut untuk menyertai AirAsia sebagai Pembantu Eksekutif kepada CEO Malaysia AirAsia, Riad Asmat. Sementara itu, Asyraf terus membesarkan perniagaan sehingga mencapai tahap sekarang dengan jenama-jenama berjaya seperti Mutyara.

Sepanjang perjalanan tersebut, Ishraq turut terlibat dalam perniagaan dengan jenama fesyen terkenal seperti Petit MoiZora Designers, dan juga menguruskan portfolio hartanah di antara perniagaan lain.

Pada 2023/2024, kedua-dua figura ini ‘menghidupkan’ semula semangat perniagaan bersama dan berkongsi pandangan berharga individu-individu hebat Malaysia dengan masyarakat melalui penubuhan podcast Apa Cerita?.

Mengulas lanjut, mereka berharap untuk memberikan nilai yang besar kepada pendengar melalui kisah-kisah kehidupan penuh inspirasi ini.


Isyraq Kamarudin

Isyraq Kamarudin.

Ishraq merupakan seorang alumni SMK Seri Bintang Utara semasa sekolah menengah dan menamatkan pengajian di University of Nottingham United Kingdom (UK) dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dalam Kewangan, Perakaunan, dan Pengurusan pada tahun 2016.

Semasa di universiti, Ishraq juga menubuhkan sebuah organisasi yang dipanggil Young Asean Minds, dengan matlamat menyatukan pelajar-pelajar Asia Tenggara melalui acara-acara berpaksikan keusahawanan. Mereka mengadakan acara di London dan Malaysia, menampilkan tokoh-tokoh terkenal seperti Fadza dari Fashion Valet, Joel Neoh, dan Jeffrey Paine, antara lain yang diiktiraf dalam arena keusahawanan ASEAN.

Sebelum menyertai AirAsia pada tahun 2018, Ishraq bekerjasama dengan Asyraf Khalid, seorang ‘family-friend’ selama bertahun-tahun bagi memulakan perniagaan pertama mereka bersama-sama sebaik sahaja Ishraq menamatkan pengajian.

Pada akhir tahun 2023, Ishraq bergabung dengan Asyraf Khalid untuk kembali kepada semangat mereka dalam berkongsi dan mengatur pengetahuan berharga kepada orang ramai melalui saluran podcast yang diberi nama “Apa Cerita?”.


Asyraf Khalid

Asyraf Khalid

Asyraf Khalid adalah anak ketiga daripada enam beradik yang merupakan anak kepada usahawan terkenal Malaysia, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Yang Mulia Tengku Zawiyah binti Tengku Izham, ahli Keluarga Diraja Kedah.

Asyraf mula dikenali sejak umur 12 tahun apabila bapa beliau berkahwin dengan penyanyi No. 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 21 Ogos 2006.

Asyraf menamatkan pengajian beliau di Kolej Tuanku Ja’afar, salah satu sekolah asrama terbaik di Malaysia yang mempunyai pencapaian 100% lulus di kalangan pelajar pada setiap tahun. Beliau kemudian menyambung pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology di dalam jurusan Bachelor in Business (Marketing).

Menurut Asyraf menerusi sebuah ‘interview’ dengan Hlive Inspirasi, beliau mula minat bidang keusahawanan disebabkan oleh bapanya yang merupakan usahawan berjaya. Dia mula menjual pen dan pemadan pada usia 7 tahun, dan pernah berpengalaman menjual barangan seperti, telefon, external hard drive, dan lain-lain lagi.

Asyraf Khalid merupakan seorang usahawan dan merupakan Pengasas serta CEO syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd, syarikat yang mengeluarkan barangan keluaran artis seperti Mutyara, Jiwaku Kids, dan Kilafit. Beliau juga dikenal sebagai Bekas Pengarah & CEO di syarikat kosmetik halal Malaysia, SimplySiti.

Asyraf Khalid bersama isteri dan anak-anak.
(Sumber: Instagram)

Jenama Mutyara ditubuhkan pada tahun 2018 bersama isterinya, Tya Arifin, yang merupakan seorang pelakon terkenal di Indonesia. Jenama Mutyara menghasilkan produk Jus Kesihatan dikenali sebagai Gugusan Sumatra. Resepi jus tersebut berasal dari keluarga Tya sendiri di Indonesia. Jus Mutyara juga turut dikenali sebagai Jamu Mutyara dalam kalangan pengguna Mutyara.

Pada Ogos 2018, syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd melancarkan jenama produk minuman campuran kanak-kanak, Jiwaku Kids, yang menampilkan kedua-dua anak Asyraf sendiri iaitu Arif Jiwa & Azzahra Jiwa sebagai Duta. Arif Jiwa juga meraih Anugerah MeleTOP Era & Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2018.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.