Now Reading
Kaki Terlalu Kurus Pun Netizan Kecam

Kaki Terlalu Kurus Pun Netizan Kecam

[video src="https://www.instagram.com/p/BozDkjcAk9W/?taken-by=masyitah_masya"]

Baru-baru ini penyanyi cilik, Masya Masyitah telah menjadi tetamu undangan untuk Hlive.

Masya telah diundang ke program tersebut untuk mempromosikan single terbarunya bertajuk Halimunan.

Bagaimanapun, juara program realiti Ceria Pop Star itu menerima kritikan netizen yang menyifatkan seluar yang dipakai terlalu ketat.

Malah, mereka turut menganggap imej tersebut tidak sesuai digayakan dengan imejnya yang hijab.

Beberapa gambar juga telah tular di laman Facebook dan menjadi bahan jenaka netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempertahankan Masya dan memintanya supaya lebih berhati-hati memilih gaya fesyen pada masa akan datang.

 

Tak salah untuk kita menegur seseorang artis itu, tetapi hendaklah berkhemah supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Sumber : Media Hiburan

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.