“Saya Keluar Cara Baik” – Zimi Tinggalkan Akim & The Majistret

Akim & The Majistret(ATM) kini hanya tinggal berlima selepas Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Azhar mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan popular terbabit sejak tiga minggu yang lalu.

Zimi yang ditemui Harian Meto menyatakan keputusan itu diambil selepas  dia mempertimbangkan beberapa perkara lain dan dalam masa yang sama menyatakan mungkin bukan rezekinya untuk kekal bersama mereka ATM.

“Saya masuk cara baik, jadi saya keluar pun cara baik. Saya sudah maklumkan pengunduran saya ini kepada semua ahli kumpulan yang lain”

Rezeki dan jodoh bersama ATM setakat ini sahaja.  Mungkin Allah SWT sudah mengaturkan perjalanan saya yang lain pula” kata zimi lagi

Zimi yang percaya dia mampu bergerak sendiri kerana minat mendalamnya terhadap muzik bagaimapun engan berkongsi sebab utama pengunduran drastiknya kepada orang ramai.

Zimi yang juga pemuzik dan ketua kumpulan Sofazr menyertai ATM sejak dari penubuhannya 5 tahun yang lalu . Hasilnya ATM, band hasil gabungan Akim dan pemuzik dari kumpulan-band yang berbeza berjaya mencetus satu fenomena baru dalam industri muzik Malaysia sehingga ATM berjaya memenangi beberapa anugerah berpestij malah lagu mereka menjadi siulan anak muda.

Foto : Gempak

Terbaru dipetik dari Mstar, Zimi mendedahkan tiada persefahaman dan perbezaan ideologi  menjadi punca mengapa dia meninggalkan kumpulan terbabit.

Untuk ATM, saya doakan mereka berjaya  dan teruskan perjuangan dengan idea awal penubuhan kumpulan ini.  Saya harapkan mereka tak stop ATM kerana ia usaha dan penat lelah kami untuk sampai ke tahap ini

Sejujurnya saya berasa sedih dan kecewa  apabila perlu meninggalkan kumpulan ini – Zimi

Zimi bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja selepas ini dan menerbitkan lagu untk orang lain.

Lagu “Yang Satu’” bersama ATM merupakan karya terakhir Zimi yang menggunakan nama pena “Laq’ bersama kumpulan itu.

Recent Posts

  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

22 mins ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

1 hour ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

5 hours ago