fbpx
Now Reading
Luah Rasa Kecewa Hidup Seorang Penghibur, Peminat Dan Rakan Beri Sokongan Pada Naim Daniel

Luah Rasa Kecewa Hidup Seorang Penghibur, Peminat Dan Rakan Beri Sokongan Pada Naim Daniel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B4H30RzBQSb/

Penyanyi Naim Daniel baru-baru ini menjadi topik hangat apabila memuat naik status yang  berupa luahan perasaannya di Instagram.

Dalam entri tersebut, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Sumpah’ itu dikatakan kecewa dengan tanggapan segelintir masyarakat terhadap kehidupan artis terutamanya golongan penyanyi.

“Nasib awaklah, penghibur. Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur.

“Kalau awak terlepas pandang sorang peminat, dibilangnya angkuh. Awak tak boleh buat silap ya. Jangan sekali.

“Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan. Kalau ada rezeki lebih, siap kena kecam di laman sosial,” kongsi Naim di Instagramnya.

Naim turut meluahkan rasa kecewanya terhadap sesetengah pihak yang  yang menawarkan pembayaran yang tidak setimpal kepada penyanyi setiap kali melakukan persembahan

“Nasib awaklah, penghibur. Pekerjaan awak ini mungkin nombor 900 yang penting di dunia, kalau boleh lagi murah rate awak, lagi orang nak.

“Lagi kesian bila orang tanya ‘Main alat muzik/menyanyi je pun takkanlah mahal?’

“Padahal mereka lupa, selain beruang, manusia juga perlu cari makan. Kita masih   perlu membayar segala bil dan belanja.

“Tapi yalah, awak penghibur, mana logik bayar mengikut kemahiran awak kan?” tambah Naim lagi.

Naim turut menyatakan yang golongan artis tidak lari dari menjadi tumpuan masyarakat sehinggakan segala tindak tanduk dan perkongsian mereka di nilai hingga hilang nilai privasi.

“Nasib awaklah, penghibur. Orang beranggapan awak kalis makian, memang menjadi bahan punching bag mulut masyarakat, sampaikan makan minum, bangun tidur awak pun sering terfikir apa orang akan kata.

“Nasib awaklah, penghibur.Tika awak leka menghibur, hati awak yang terkubur,” tambah Naim lagi.

Perkongsian Naim itu mendapat sokongan sokongan daripada beberapa rakan selebrit seperti Ismail Izzani, Sissy Iman, Wani Kayrie, Sarah Suhairi, dan Charis Ow. Tidak kurang juga dari peminat yang mendoakan semuanya baik-baik sahaja buat penyanyi berkenaan.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.