fbpx
Now Reading
Posting Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Tanda Tanya

Posting Datuk Seri Ismail Sabri Jadi Tanda Tanya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua rakyat Malaysia arif yang negara kita ketika ini sedang menjalani pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama atau total lockdown yang dikuatkuasakan kerajaan bermula 1 -14 Jun dalam usaha menangani wabak Covid-19 yang semakin meruncing di dalam negara.

Dengan pelaksanaan total lockdown ini, aktiviti sosial dan kebanyakan sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essentials) yang telah diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri beberapa hari lalu.

Namun sejak semalam timbul beberapa isu antaranya jumlah kenderaan dan trafik di jalan raya yang dilihat masih tinggi selain isu membabitkan beberapa pengilang yang bukan ‘essentials’ tapi dibenarkan beroperasi antaranya kilang arak sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ismail Sabri kemudiannya menerusi satu kenyataan menjelaskan kerajaan sudahpun mengarahkan operasi kilang-kilang terbabit ditutup serta merta.

Baca artikel berkaitan : Semua Operasi Kilang Arak Ditutup Serta-Merta – Ismail Sabri

Namun petang tadi, satu posting ringkas yang dimuat naik Ahli Parlimen Bera itu menngejutkan banyak pihak.

“Saya dah tutup pintu depan tapi.”


Beliau yang berkongsi fotonya sedang keluar dari pintu pejabatnya turut memuat naik satu status ringkas iaitu “Saya dah tutup pintu depan tapi.. ” tulis beliau yang turut diselitkan emoji sedih.

Status sama turut dikongsikan di akaun instagram beliau sehingga menjadi tanda tanya orang ramai.

Dijengah ke ruangan komen, ada yang mengaitkan status tersebut dengan situasi semasa dimana ramai orang yang dilihat masih ingkar arahan yang dikeluarkan kerajaan dan ada juga yang mengaitkannya dengan isu pembukaan beberapa sektor ekonomi.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggu penjelasan dari beliau nanti..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.