fbpx
Now Reading
‘Saya Bukan Orang Indonesia’ -Agnes Monica Dituduh Lupa Diri

‘Saya Bukan Orang Indonesia’ -Agnes Monica Dituduh Lupa Diri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tidak kenal dengan Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia yang begitu digemari di negara kita yang kini sedang menempa nama di Amerika Syarikat.

Namun kenyataan Agnes Monica yang kini bergelar Agnez Mo sewaktu di temuramah oleh Keven Kenney dalam program Build Series benar-benar menaikkan kemarahan netizen Indonesia.

Dipetik dari Sinar Harian yang memetik portal Agensi, Agnez mengakui dia agak berbeza dengan orang lain di Indonesia saat diajukan tentang kepelbagaian budaya di negara itu

“Saya tiada darah dan hanya dilahirkan di Indonesia. Saya sebenarnya kacukan Jerman, Jepun dan China. Saya juga orang Kristian yang mana majoriti penduduk di Indonesia adalah orang Islam.

“Jadi, saya rasa saya bukan orang Indonesia dan mereka hanya menerima kehadiran saya di sana,” katanya dalam rancangan tersebut.

Malah Kenney sendiri merasakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Agnez itu sebagai satu ‘perspektif unik’

“Ya, sudah tentu. Ia mengajar saya bagaimana untuk menerima kelemahan, perbezaan dan keanehan saya,” ujarnya.

Difahamkan, temu bual itu pertama kali dimuat naik di Youtube pada Jumaat lalu sebelum di tularkan di Twitter pada hujung minggunya pada hujung minggunya.

Banyak Netizen di Indonesia mendakwa Agnez seakan lupa diri dengan asal usulnya walhal Agnez sering mendakwa dia cuba mewakili budaya negara itu dalam setiap karyanya.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.