fbpx

Pelakon 10 Tahun Dikecam Bercinta, Bapa Enggan Campur Tangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6I9O-mAX7W/https://www.instagram.com/p/B6I2FFiFcGZ/

Heboh di sosial media apabila pelakon cilik Duerra Mitilda berkongsi kepada umum mengenai hubungan cintanya bersama pelakon yang baru berusia 13 tahun, Hezriq Shah.

Bukan setakat berkongsi gambar, Mitilda turut memuat naik screenshot perbualan di antara dia dan Hezriq di Instagram sehingga ramai netizen menyifatkan mereka masih terlalu muda apatah lagi menggunakan bahasa-bahasa sedemikian.

Namun di fahamkan hubungan cinta mereka mendapat restu dari kedua keluarga.

Dipetik dari mStar, ayah Mitilda enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan ia melibatan hal peribadi anaknya

“Saya dan isteri yang menjaga dan menguruskan Mitilda. Jadi saya rasa isu ni tak perlu nak dipanjangkan.

Bagi saya, biarlah netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu.

“Kalau mereka melihat secara baik, maka baik la begitu dan sebaliknya.

Ini hal peribadi anak saya dan urusan keluarga saya. Saya harap semua boleh doa yang baik-baik sahaja,” katanya kepada portal berkenaan.

Amir dalam masa sama turut memberitahu yang dia dan isterinya mengajar anak mereka untuk tidak merahsiakan apa-apa daripada mereka

“Kami didik anak kami supaya tiada rahsia dari hujung rambut sampai hujung kaki mereka cerita dekat kami.

“Kami bentuk kepercayaan dan kejujuran supaya mereka tidak memberontak dan membuat perkara yang tidak betul di belakang kami” ujarnya sebelum menutup perbualan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.