fbpx
Now Reading
Rambut Anak Dihentam Netizen, Michael Ang Back Up Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Rambut Anak Dihentam Netizen, Michael Ang Back Up Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Penerbit dan pengarah popular, Michael Ang menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap segelintir netizen yang dilihat memberikan komen agak biadap dan kurang sopan terhadap penampilan Ahmad Fakhruddin Attar, anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Difahamkan foto yang dimuatnaik oleh Aeril sempena hari pertama anak mereka memijakkan kaki di sekolah menjadi bahan makian di Internet gara-gara ada netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilan Attar kerana rambutnya yang berambut panjang .

“Salam semua! Tak faham aku dengan mulut-mulut orang sekarang. Apoooooo! Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak bererti suci dari segala dosa, berpakaian ala kadar tak bererti tak menghormat orang, yang bersolat lima kali sehari tak bererti tak ada dosa!

“Jadi fikir-fikirkan dulu sebelum komen yang bukan-bukan berdasarkan satu gambar. Salam Jumaat semua” tulis pengarah berkenaan sebagai kapsyen

Di jengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Michael bersetuju dengan pendapatnya malah ramai meminta agar netizen lain menjaga adab ketika menulis di laman sosial.

See Also

Terdahulu, Aeril memuat naik foto screenshot beberapa komen dari netizen yang menyerang keluarga berkenaan di Instagramnya bersama kapsyen : “Niat nak muat naik gambar buat kenangan je, haha sekali ambil kau,”

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.