Now Reading
Nabila Tak Pernah Larang Sharnaaz Jumpa Anak, Mahu Jebat Dapat Kasih Sayang Bapa

Nabila Tak Pernah Larang Sharnaaz Jumpa Anak, Mahu Jebat Dapat Kasih Sayang Bapa

Umum mengetahui kemelut rumah tangga Sharnaaz dan Nabila masih tiada penghujungnya kerana Sharnaaz enggan menceraikan isterinya demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Namun Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha untuk berdamai telah dilakukan suaminya sepanjang setahun mereka tinggal berasingan. 

Baca artikel berkaitan : Saya tak nampak usaha Sharnaaz untuk berdamai

Terbaru memetik mStar, Noor Nabila berkata dia tidak pernah berhasrat menghalang Sharnaaz dari menemui anak mereka, Jebat Jayden walaupun ada fitnah yang mengatakan dia telah berbuat demikian.

Malah, kata wanita itu lagi, dia juga sangat berharap dapat terus membesarkan anak mereka bersama-sama meskipun mereka berdua tidak lagi menjadi suami-isteri.

“Saya tak pernah halang atau sekat dia untuk berjumpa dengan anak kami.

“Walaupun banyak yang memfitnah cakap saya tak bagi jumpa anak… malah saya tak pernah ada niat untuk pisahkan mereka.

“Insyallah saya akan teruskan niat saya untuk sama-sama membesarkan anak kami,” katanaya kepada portal mStar.

Nabila dalam masa sama turut menjelaskan setiap keputusan yang diambilnya bertujuan untuk memastikan Jebat mendapatkan apa yang terbaik untuk dirinya

Namun Nabila masih tahu tahapnya dan dia sendiri mengakui setiap apa saja keputusan dan keperluan yang perlu dibuat berkaitan Jebat mesti dilakukan bersama Sharnaaz selaku bapa kepada anaknya.

“Sebelum ini saya tak pernah nak bagi komen mengenai perkara ini sebab kalau nak explain pun takkan habis sebab benda yang terjadi bukan dalam masa satu bulan… ia dah berlarutan sehingga beberapa tahun.

“Cuma sebagai emak, memang saya perlu beri lebih perhatian pada anak dari segi keperluan dan penjagaan Jebat.

“Itu memang menjadi keutamaan saya tapi ia tidak bermakna saya perlu mengetepikan Sharnaaz dalam hal itu,” ujarnya lagi.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.