fbpx
Now Reading
“Plot Twist Dia..” – Video Parodi Lamaran Engku Emran & Nabila Buat Ramai Berdekah

“Plot Twist Dia..” – Video Parodi Lamaran Engku Emran & Nabila Buat Ramai Berdekah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Umum pasti mengetahui kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila baru sahaja melangsungkan pernikahannya bersama usahawan Engku Emran hujung minggu lalu.

Namun yang mencuri tumpuan pastinya video romantis sewaktu Engku Emran melamar Nabila di udara sewaktu mereka sedang menaiki belon udara panas yang mulanya dikongsikan My Balloon Adventure sebelum dikongsi kembali oleh portal-portal hiburan.

Nikoh jom!

Namun siapa sangka, disebalik video romantis tersebut seorang pengguna TikTok telah memuat naik satu video parodi lamaran berkenaan.

Menerusi video berkenan, pasangan tersebut dilihat cuba melakukan aksi sama seperti Engku Emran melamar Nabila. Namun lokasinya bukan di awan sebaliknya hanya di balkoni rumah.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah plot twist pada penghujung video tersebut dimana si lelaki turut memberikan mesej kepada isterinya menerusi sehelai kertas yang terletak ‘di bawah’ mereka.

@fadhzilabidin

Tegurlah isteri anda secara kacak dan bergaya. Insya allah menusuk ke kalbu🤣

♬ original sound – Fadhzil Abidin

Masak nasi kejap boleh?

Berbanding Engku Emran yang meninggalkan nota lamaran bertulis ‘Nikoh Jom!’ , lelaki ini pula menulis pada pada sekeping kertas a4 meminta isterinya memasak nasi kerana dia kelaparan.

“Masak nasi kejap boleh? Abang lapar ni ” tulis pada kertas tersebut.

Plot twist tersebut nyata membuatkan si isterinya tertawa sebelum lelaki berkenaan sekali lagi mengulang semua ayatnya meminta si isteri memasakkannya nasi.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan video parodi tersebut.

Emran & Nabila 2.0

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.