fbpx
Now Reading
Sharnaaz Ahmad dan Nabila Sah Bercerai

Sharnaaz Ahmad dan Nabila Sah Bercerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hubungan suami isteri pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya usahawan, Noor Nabila akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sudahpun bercerai pada 9 Julai lalu difahamkan secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Nabila sewaktu dihubungi Harian Metro. Dia dalam masa sama turut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan akur dengan ketentuan Ilahi. 

Hubungan Sharnaaz dan Nabila baik

“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.

“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai. 

“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden.  Itu yang paling penting.

“Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya,” katanya kepada kepada Harian Metro. 

Menurut Nabila yang juga kakak kepada pengacara terkenal Neelofa, dia kini sudah berkawan dan saling bertukar pendapat dengan Sharnaaz malah mereka langsung tidak bermusuhan.

“Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.

“Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu,” katanya.

Sharnaaz ayah yang baik

Tambah Nabila lagi, Sharnaaz merupakan seorang ayah yang baik. Meskipun tidak lagi tinggal bersama, dia pasti akan datang meluangkan masa bersama anak tunggal mereka itu.

” Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira. 

“Yelah siapa lagi  nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua,” katanya.

Terdahulu selepas pasangan ini gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa   Pendamaian (JKP), mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 telah melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Sharnaaz dan Nabila disatukan pada 31 Mac 2017 dan hasil dari perkahwinan itu mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun pada bulan hadapan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.