Isteri Diceraikan Gara-gara Buang Sebelah Payudara Akibat Kanser Tahap 4
Lebih menyedihkan, suami kepada wanita yang menghidap kanser payudarara itu turut tidak memberikan semangat sebaliknya menjadi beban kepadanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui setiap pasangan yang membina perkahwinan pasti mahu ia berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Namun dalam kehidupan pastinya setiap suami isteri tidak terlepas daripada ujian yang kadangkalanya membuatkan hubungan menjadi goyah.
Malah sesuatu ujian yang dihadapi itu sehingga membuatkan ada pasangan mengambil keputusan untuk meletakkan titik noktah pada hubungan mereka dengan penceraian.
Suami sanggup ceraikan isteri kerana nekad buang sebelah payudara
Perkara sama turut berlaku dilakukan oleh seorang lelaki apabila sanggup menceraikan isterinya, Mimi Mohd selepas dia nekad membuang sebelah payudaranya.
Tindakan itu dibuat oleh wanita berkenaan Selepas doktor mengesahkan si isteri menghidap kanser payudara tahap empat.
“Selepas pembedahan membuang sebelah payudara akibat kanser tahap empat, saya diceraikan suami,” ujar Mimi.
Doktor sarankan untuk buang sebelah payudara agar kanser tak merebak
Kata wanita itu, dia telah disahkan menghidap kanser payudara tahap empat dan membuat keputusan dengan menjalani rawatan untuk merawat penyakit dihidapinya.
Doktor kemudian menasihatkannya untuk membuang sebelah daripada payudara dan ia bertujuan untuk mencegah daripada sel kanser tersebut merebak.
Suami tak bagi buang payudara
Walau bagaimanapun perkara itu mendapat tentangan daripada suaminya (ketika itu) apabila dia enggan si isteri melakukan pembedahan tersebut sebelum wanita itu nekad untuk membuangnya demi menyelamatkan nyawa sendiri.
“Namun dalam masa sama suaminya (bekas) tidak mahu dia membuang payudara yang mempunyai sel kanser itu.
“Saya nekad, walaupun tidak dibenarkan suami, namun saya teruskan pembedahan membuang sebelah payudara kerana nyawa adalah lebih penting,” ujarnya, dipetik Harian Metro.
Berang isteri tetap buang payudara, lelaki tuntut penceraian
Wanita itu mendakwa, tindakan membuang sebelah payudara telah membuatkan sang suami berang sehingga dia akhirnya bertindak menuntut penceraian gara-gara tak setuju dengan perbuatannya.
Namun dia akur dengan permintaan suami yang mahu menceraikannya.
Malah dia dalam masa sama tidak dapat menerima apabila lelaki itu memberi cadangan agar dia melakukan perubatan secara tradisional.
Suami turut beri kata-kata yang tidak membantu menaikkan semangat untuk lawan penyakit
Malah, sebelum penceraian, si suami pernah mengeluarkan kata-kata tidak elok seperti individu menghidap kanser tersebut hanya berpeluang untuk hidup selama setahun sahaja.
Namun wanita itu menganggap bahawa jodoh dan ajal adalah ketentuan tuhan dan selepas sekian lama menjalani pembedahan tersebut dia masih lagi bernafas.
“Sebelum lafaz cerai, dia (suami) pernah berkata orang yang menghidap kanser payudara macam saya hanya mampu hidup setahun sahaja.
“Bagi saya ajal, maut, jodoh itu ketentuan Allah SWT dan selepas tujuh tahun pembedahan saya masih bernafas seperti biasa dan akibat tekanan daripada suami ketika itu, saya kini menghidap pebagai penyakit termasuk kemurungan, penyakit sendi, tekanan perasaan dan pelbagai lagi,” jelasnya.
Lelaki itu juga tidak memberikan semangat ketika dia sedang diuji dengan kesihatan diri malah turut menambahkan beban.
Kini lebih tenang duduk dengan anak kedua dan hanya mahu tuntut nafkah anak dari bekas suami
Ujarnya dia kini menetap bersama anak keduanya dengan tenang selepas bercerai dengan suami.
Tindakan lelaki berkenaan turut membuatkan tiga lagi anak mereka terkejut apabila bapa sanggup melakukan hal sedemikian kepada ibu mereka selepas wanita itu nekad membuang sebelah payudara.
“Kini saya anggap sudah terlepas dari ‘neraka dunia’ kerana tersalah dalam berkongsi hidup dengan manusia yang tidak pandai menghargai,” jelasnya semasa ditemui selepas Penyampaian Bantuan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah, Terengganu.
Tidak mahu memanjangkan lagi konflik antara bekas suami, wanita itu hanya ingin mendapatkan hak nafkah penjagaan anak daripada bekas suaminya.