fbpx
Now Reading
Pemuzik Terkenal Lok-U Meninggal Dunia

Pemuzik Terkenal Lok-U Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu lagi berita mendukacitakan buat peminat dan penggiat industri muzik tanah air apabila Faizal Uzir atau lebih lebih dikenali dengan panggilan Lok U, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam sekitar 10 pagi tadi (Rabu , 22 Januari 2020)

Memetik Awani, Lok U, pengarah muzik ternama tanah air difahamkan mengalami sesak nafas selepas pulang dari bersenam di kediamannya di Puncak Jalil.

Allahyarham Lok-u meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak, 3 lelaki dan 1 wanita iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

DIfahamkan Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Serdang bagi proses bedah siasat dan dijangka akan dibawa pulang semula ke kediamannya di Puncak Jalil bagi memberi peluang buat rakan serta keluarga untuk memberikan penghormatan terakhir.

Sehingga pukul 1200 tengahari tadi, berita pemergian arwah mula dikongsi oleh rakan-rakan serta penggiat muzik tanah air.

Lok-U sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program steven TV dan Allahyarham merupakan pemuzik yang sangat disegani bukan sahaja oleh penggiat dunia hiburan malah di kalangan masyarakat.

Takziah kepada keluarga dan sahabat arwah di atas pemergian individu tercinta. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam golongan yang beriman

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.