Ilya, Ajak Dan Ropie Mohon Maaf Secara Terbuka Isu Lawak ‘PH Air’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Anggota kumpulan Rare iaitu Ilya, Ajak (Shiro) dan Ropie, hari ini membuat satu permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran mereka yang dianggap sebagai menyindir kerajaan iran sewaktu melakukan persembahan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 tahun lalu.
Dalam satu sidang media khas yang dibuat menerusi Instagram Hlive! mereka bertiga menyatakan kekesaan mereka dan menjelaskan kumpulan Rare tidak mempunyai sebarang niat untuk menyinggung mana-mana pihak sewaktu melakukan persembahan terbabit.
“Di sini kami kumpulan Rare ingin menyatakan rasa kesal kami terhadap apa yang berlaku pada persembahan MLM2019 mungkin mengakibatkan penonton tersinggung dengan persembahan kami,” ujar Ilya.
Malah Ajak turut menambah kontroversi tersebut turut memberikan impak yang besar sehingga mereka tanpa sengaja telah menyingung beberapa pihak.
Ropie turut mengambil kesempatan menjelaskan yang mereka bertiga akan mengambil pengajaran dan iktibar susulan dari kontroversi yang timbul tersebut.
“Dan kami telah mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di persembahan yang akan datang
“Dan kami berharap apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kami bertiga,” jelasnya.
Terdahulu, kumpulan Rare sewaktu persembahan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 telah dalam mempersembahkan satu babak komedi di mana isu tulisan jawi dan cina dijadikan bahan. Di samping itu, mereka turut menggunakan penapis air sebagai bahan jenaka bagi mengenal pasti kadar neutral dan kandungan pH air tersebut yang dikatakan berkaitan dengan kerajaan .