fbpx

Amy Umum Keluar Search

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi lagenda, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali Amy membuat kejutan apabila mengumumkan pengunduran dirinya dari kumpulan Search

Pengumuman yang tidak di sangka-sangka itu dilakukan Amy ketika tampil bersiaran secara langsung bersama Astro Gempak  dalam segmen #ArtisDudukDiam petang Ahad

“Saya dengan ini secara rasmi mengumumkan untuk mengundurkan diri sebagai vokalis Search,” ucap Amy dalam siaran langsung IG bersama portal tersebut

Tambahnya keputusan itu dilakukan untuk kebaikan semua termasuk anggota Search lain yang iaitu Nasir, Kid dan Din bagi meneruskan sebarang aktibi kumpulan yang kerap tergendala kerana ketiadaannya

“Dengan pengumuman ini saya berharap saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada,” katanya.

Tambah penyayi berusia 62 tahun itu lagi, faktor umumrnya menyebabkan dia kini tidak lagi memiliki kualiti vokal seperti penyanyi yang berusia 26 tahun.

“Hal itu terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dunia. Saya bukan 26 tahun, tapi 62 tahun. Saya menyanyi apabila dipanggil dalam show atau persembahan tertutup.

Kapsyen Amy di IG yang sebelum ini menjadi tanda tanya peminat apabia membahasakan dirinya sebagai bekas penyanyi kumpulan Search

“Saya kira ia sesuai dengan peredaran masa di mana jika dulu peminat yang membesar bersama saya menonton saya menyanyi di konsert, tapi saat usia meningkat banyak yang memilih untuk menyaksikan persembahan saya secara tertutup,” jelas Amy lagi

Dalam pada itu Amy yang menyatakan yang dia akan tetap menyanyikan lagu lagu Search selepas bergerak solo memilih untuk tidak menjawab soalan apabila diminta oleh peminat untuk membuat satu konsert terakhir bersama Search sebelum betul-betul bergerak berseorangan

Terdahulu desas-desus mengenai Amy akan meniggalkan Search mula kedengaran apabila dia membahasakan dirinya sebagai bekas vokalis Search di salah satu gambar di akun Instagramnya, @akuamysearch


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.