fbpx
Now Reading
Rosyam Nor Bidas Kenyataan Zul Yahya Bidang Perfileman Tak Berkat

Rosyam Nor Bidas Kenyataan Zul Yahya Bidang Perfileman Tak Berkat

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Sebelum ini kami ada melaporkan yang bekas pelakon, Zul Yahya telah menyeru penggiat seni terutamanya krew perfileman agar meninggalkan melupakan industri hiburan dan memilih pekerjaan yang lebih di berkati Allah SWT.

Malah menurut Zul, pekerjaan dalam industri ini dipenuhi dengan dosa dan hanya berpihak kepada keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

Perkata itu bagaimapun mendapat reaksi yang berbeza daripada pelakon, penerbit dan usahawan terkenal, Datul Rosyam Nor yang dilihat tidak senada dengan kenyataan Zul.

Menurutnya kenyataan itu adalah tidak wajar sama sekali memandangkan ianya adalah perkara yang berkait dengan rezeki.

“Bagi saya, dia tak sepatutnya bercakap begitu. Sebab rezeki datang daripada pelbagai cara dan apa yang dilakukan oleh penggiat industri ini pun adalah rezeki mereka.

“Dia juga tak sepatutnya menuduh ada rasuah dan lain-lain perkara yang buruk. Mungkin dia rasa tak dapat apa-apa ketika aktif dulu, ia kerana nasib tak menyebelahinya dalam bidang seni.

Menurut Rosyam tindakan Zul telah mengguris hati penggiat seni lainya Foto :Hmetro

Tambah Rosyam lagi kebanyakan krew belakang tabir ramainya tidak kekal dalam bidang yang sama dan akan beralih ke industri lain justeru tuduhan Zul yang bekerja dalam bidang seni tidak berkat telah mengguriskan perasaan ramai orang.

See Also

“Kalau Zul tuduh kata tak berkat, rasanya itu agak mengguris perasaan semua orang. Sebenarnya berada dalam industri drama dan perfileman pun rezeki daripada Allah juga,” katanya.

“Dalam mana-mana bidang pun boleh berlaku. Dalam masjid pun kalau niat tak betul boleh berlaku juga.

“Kita pun pernah dengar tabung masjid kena curi serta kita pernah dengar barang-barang masjid kena curi dan yang mencuri pun orang dalam juga,” katanya.

Rosyam bagaimanapun enggan perkara ini diperbesarkan malah menolak pertemuan bersama Zul Yahya untuk berdebat mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu isu berkenaan diperbesarkan.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.