fbpx
Now Reading
Netizen Persoal Ismail Izzani Tayang Badan Di Instagram

Netizen Persoal Ismail Izzani Tayang Badan Di Instagram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFbnMawj0Yr/

Penyanyi lagu Luar Biasa, Ismail Izzani menjadi perhatian orang ramai terutamanya warganet dimana dia memuat naik sekeping gambar yang menampilkan bahagian atas badannya yang berotot tanpa memakai baju, semalam.

Menerusi perkongsian Ismail Izzani yang berusia 20 tahun ini, dia hanya ingin menunjukkan perkembangan badannya untuk tatapan umum.

“Trust in process, it takes time.” tulisnya.

Walhal, Ismail Izzani bin Zainal Nazeri atau lebih dikenali sebagai Mael ini berpendapat bahawa hanya ingin menyampaikan mesejnya iaitu setiap proses akan memakan masa yang lama, cuma perlu percaya sahaja.

Meskipun, mendapat pujian atas usahanya, terdapat segelintir warganet yang mempersoalkan aurat yang terdedah walaupun Mael menutup bahagian pusatnya dengan menggunakan emoji.

“Aurat tunjut kat orang berdosa,” ditulis oleh seorang warganet di ruangan komen.

Pada masa yang sama, menerusi komen tersebut, ramai yang membahas tentang aurat sebenar lelaki pada mata seorang ajnabi apabila melihat gambar tersebut.

“Perempuan tengok macam mana? Aurat lelaki dekat perempuan menyeluruh,” balas warganet tersebut.

“Apa ni lelaki saja tapi tak tahu aurat lelaki dari lutut sampai pusat apa la buat malu ja.”

“Dah tutup pusat bang, aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Sekadar pencerahan.”

“Dia hanya tutup aurat pusat bukannya semua di bahagian pusat. Nampak tak beza dia? Masih aurat.”

“Dia dah tutup la, tengoklah getah boxer dia sampai mana.”

Gambar tersebut kini telah menerima sebanyak 56,400 likes dan 435 komen dari peminat, rakan artis dan juga warganet di Instagram.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.