fbpx
Now Reading
Tapau bersih! Kutipan Filem Mael Totey Cecah RM4 Juta Dalam 8 Hari

Tapau bersih! Kutipan Filem Mael Totey Cecah RM4 Juta Dalam 8 Hari

Hebatlah Syahmi Sazli buat filem pertama Mael Totey The Movie (MTTM) dapat sambutan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wah! Sekali lagi filem pertama arahan Syahmi Sazli kutip sebanyak RM4 juta dalam masa 8 hari sahaja.

Dia yang dahulunya seorang Youtuber, menghasilkan konten-konten yang lucu di saluran Youtubenya itu, kini telah berjaya menghasilkan filem pertama dibawah arahannya iaitu Mael Totey The Movie (MTTM).

Filem tersebut sekali lagi berjaya mencatat rekod tersendiri apabila menerima kutipan bernilai RM4 juta dalam masa 8 hari sahaja. Hebat bukan?

Selain itu, hasil kutipan tersebut berjaya menjadikan filemnya antara yang tertinggi ditonton menerusi Astro First ketika ini.

“Alhamdulilah RM4 juta dalam masa 8 hari tayangan! Terima kasih atas sokongan anda semua!

“Jom repeat tengok Mael Totey The Movie! MTTM kini di pawagam rumah anda. Untuk melanggan sila ke saluran 480.

“Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Deman.

“Kita lain, mereka sama,” kapsyen yang ditulis oleh Astro Shaw sendiri di laman Instagram mereka.

Astro Shaw yang turut berasa bangga berkongsikan berita itu di Instagram mereka pada hari ini.

Syahmi yang juga berkongsikan kegembiraannya itu di laman Instagram miliknya bersyukur dan berterima kasih kerana memberikan sokongan buat dirinya dan filem Mael Totey The Movie.

Selain Syahmi yang berperanan sebagai watak utama menerusi filem MTTM tersebut, tidak dilupakan juga bahawa mereka masih mengekalkan bintang Youtube mereka iaitu Asif dan Yoe Parey.

Sinopsis filem ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul iaitu Mael yang berusaha mempelajari Bahasa Inggeris demi untuk memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi, Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh 4 budak istimewa iaitu Asif, Yoe Parey, Yatin dan juga Bedul.

Kalau nak tahu apa yang akan jadi selepas itu, kenalah saksikan sendiri filem Mael Totey The Movie di pawagam rumah korang tau dekat Astro First saluran 480. Dah boleh beli dah tau!

Dengan hanya RM15, korang dah boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang dekat Astro First.

Jangan lepaskan peluang tau! Sebab filem ini merupakan karya sulung Syahmi buat tau, jadi jangan lupa beli dan tengok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.