fbpx
Now Reading
Didakwa Selalu Ganggu Slot Mega Movie TV3 , Respon Hos Nightline Buat Netizen Terhibur

Didakwa Selalu Ganggu Slot Mega Movie TV3 , Respon Hos Nightline Buat Netizen Terhibur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suatu masa dahulu, slot Mega Movie yang disiarkan di TV3 pada setiap jumaat malam sabtu, adalah antara slot yang paling ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bermula jam 10 malam dan kebiasaannya akan berlanjutan ke awal pagi, Mega Movie sentiasa membawakan filem-filem hebat dari luar negara terutamanya dari dunia Hollywood.

Namun buat peminat tegar slot ini, pasti anda perasan dan sudah lali dimana sebaik sahaja masuk jam 12 malam, rancangan tersebut akan diberhentikan sementara bagi memberi laluan kepada berita berbahasa Inggeris, Nightline untuk 30 minit.

Sementara menanti ianya selesai ramai khususnya anak kecil yang sudahpun tertidur, namun mereka yang sanggup bersengkang mata pastinya akan bertahan namun dalam masa sama rasa bengang dan marah apatah lagi kemunculannya selalu disaat klimaks filem-filem tersebut.

Malah lebih mengecewakan apabila sesetengah ibu-bapa menjadikan Nightline sebagai ‘jam loceng’ supaya anak mereka masuk ke kamar tidur.

Percaya atau tidak perasaan tersebut dirasai oleh semua. Buktinya baru-baru ini tular satu meme yang begitu mencuit hati seolah memperlihatkan bagaimana berita tersebut ‘mengganggu’ penonton yang sedang asyik menonton Mega Movie yang sedang bersiaran.

Foto : Drs Johns / Malaysiaku Dulu-Dulu Official

Meme berkenaan yang mula di kongsikan oeh seorang ahli kumpulan FB Malaysiaku Dulu Dulu sekaligus mengingatkan orang ramai memori silam dimana mereka terpaksa bertahan selama setengah jam demi menunggu slot berita berbahasa inggeris tersebut untuk tamat demi menyambung kembali filem mereka.

Tarik perhatian Hos Nightline, Raymond Goh

Yang menariknya,  meme tersebut kemudian turut menarik perhatian salah seorang hos Nightline itu sendiri iaitu Raymod Goh.

Raymond Goh sewaktu menjadi ‘anchor’ Nightline

Raymond kemudian menerusi satu hantaran di Twitterya menasihatkan orang ramai untuk berjaga-jaga kerana dia akan datang kembali pada malam ini.

“Hati-hati, saya akan membaca berita (lagi) malam ini,” tulisnya ringkas.

Meskipun ringkas, Tweet tersebut nyata mendapat membuatkan netizen terhibur. Ramai yang membalas kembali hantaran Raymond memberita yang mereka tidak mampu menahan ketawa selepas membaca responnya dan meme yang tular itu sendiri.

Lebih menarik apabila seorang pengguna Twitter memaklumkan Twit berkenaan turut diklasifikasikan sebagai twit kelakar merujuk kepada screenshot yang dikongsikannya

Apa-apa pun terima kasih kepada Nightline dan TV3 kerana pernah menjadi medium kami suatu masa dahulu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.