fbpx
Now Reading
Pembaca Berita Nightline TV3, Raymond Goh Meninggal Dunia

Pembaca Berita Nightline TV3, Raymond Goh Meninggal Dunia

Menurut Buletin TV3, berita pemergian Allahyarham Goh yang meninggal dunia pada jam 10.43 pagi tadi dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyampai berita terkenal, Raymond Goh atau nama sebenarnya, Mohd Zaman Goh disahkan meninggal dunia hari ini (12 September).

Menurut Buletin TV3, berita pemergian Allahyarham Goh yang meninggal dunia pada jam 10.43 pagi tadi dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

Menurut isteri Goh, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Berita sama turut dikongsikan Awani menerusi satu ciapan di Twitter.

Terdahulu pada 30 Ogos, media melaporkan Goh dalam keadaan kritikal dan menjalani rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya selepas diserang strok.

Beliau terkenal sebagai penyampai berita Nightline TV3 dan sudah berkhidmat dalam dunia penyiaran sejak lebih 30 tahun lalu. Beliau juga banyak mengajar orang ramai untuk pengucapan.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Goh atas pemergian Allahyarham Raymond Goh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.