fbpx
Now Reading
Terkejut Gelaran ‘Datuk’ Ditarik, Boy Iman Mahu SUK Pahang Jelaskan Sebabnya

Terkejut Gelaran ‘Datuk’ Ditarik, Boy Iman Mahu SUK Pahang Jelaskan Sebabnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Semalam seluruh Malaysia hangat memperkatakan mengenai penarikan kembali gelaran ‘Datuk’ yang dianugerahkan kepada 5 invididu antaranya pelakon dan usahawan Boy Iman yang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.

Difahamkan pembatalan anugerah Darjah  Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang diberikan kepada Boy Iman atau nama betulnya Noruliman A. Rahman, dibuat atas perintah YDP Agong yang juga Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tidak tahu menahu mengenai penarikan anugerah tersebut

Mengakui terkejut kerana kerana tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut, Boy menjelaskan yang dia juga tidak ada menerima sebarang surat rasmi berkenaan penarikan balik darjah kebesaran itu.

Dakwanya, penarikan kembali darjah kebesaran tersebut juga dilakukan tidak mengikut saluran yang betul sebelum disebarkan kepada orang ramai melalui media.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran.

“Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana.

“Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” katanya kepada Kosmo!

Tambah Boy, dia akan menunggu sehingga jumaat sebelum menulis surat sendiri kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan darjah kebesarannya ditarik kembalik.

“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.

“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” ujarnya.

Selain Boy, pelakon dan pengarah Farid Kamil antara lima individu yang turut ditarik balik gelaran Datuk.

Meskipun tiada alasan kenapa penarikan dilakukan, namun kesemua individu ini pernah didakwa atas pelbagai kesalahan antaranya jenayah, menipu dan juga kes rasuah.

Kerajaan Pahang pada 2019 telah mengisytiharkan beberapa pembaharuan dalam tatacara penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri, yang antara lain menyatakan siasatan serta-merta perlu dibuat terhadap penerima darjah kebesaran yang dikaitkan dengan salah laku, ketidakjujuran, kekurangan integriti atau perkara yang mencemarkan nama baik penerima.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.