fbpx
Now Reading
Kenapa Pelajar IPG Tak Terima Inisiatif eBelia Rahmah? Ini Penjelasan Ahmad Maslan

Kenapa Pelajar IPG Tak Terima Inisiatif eBelia Rahmah? Ini Penjelasan Ahmad Maslan

Ahmad Maslan turut meminta ahli politik yang membuat tuduhan tersebut untuk menyemak fakta terlebih dahulu yang mana pelajar IPG telah mendapat elaun yang lebih dari kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosoial apabila pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) dilaporkan tidak menerima bantuan RM200 bagi program eBelia Rahmah.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membangkitkan persoalan berkenaan turut menyifatkan perbuatan itu adalah tidak adil memandangkan pelajar IPG juga merupakan mahasiswa yang belajar di pusat pengajian tinggi.

Malah dia menegaskan pengecualian itu seperti menganaktirikan pelatih IPG yang merupakan bakal pendidik di masa akan datang.

Pelajar IPG terima elaun sara hidup setiap bulan

Terbaharu Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara ini berlaku kerana pelajar IPG sudah menerima elaun bulanan sebanyak RM450.

Tegasnya, dakwaan pelajar IPG dianaktirikan daripada menerima eBeliaRahmah adalah tidak benar sama sekali.

Malah dia meminta ahli politik yang membuat tuduhan tersebut untuk menyemak fakta terlebih dahulu yang mana pelajar IPG telah mendapat elaun yang lebih dari kerajaan.

“Pelajar IPG tidak dapat eBeliaRahmah kerana mereka sudah pun diberikan elaun yang disediakan kerajaan.

“Berbeza dengan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) mereka tidak terima elaun RM450 sebulan.

“Saya harap ahli politik yang berkenaan menyemak fakta bahawa pelajar IPG dapat lebih daripada yang lain melalui elaun bulanan yang disediakan,” kata Ahmad Maslan.

2 juta belia termasuk pelajar sepenuh masa IPT layak dapat RM200

Mengulas lanjut mengenai eBeliaRahmah, Ahmad Maslan berkata, seramai 2 juta belia yang berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di IPT layak menerima kredit berjumlah RM200.

Kredit tersebut boleh dituntut bermula 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023 melalui tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet iaitu :

  • Toucn ‘n Go
  • Boost
  • Setel

Ia bagaimanapun perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11:59 malam, 31 Ogos 2023.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.