fbpx

Syed Saddiq Umum Letak Jawatan Presiden Parti MUDA [Video]

Jelas Ahli Parlimen Muar itu, beliau mengosongkan jawatan terbabit sementara membersihkan namanya menerusi proses mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Terbaharu, Syed Saddiq menerusi satu sidang media telah membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai Presiden parti MUDA secara serta merta.

Berita itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Muar tersebut sebaik mesyuarat khas dijalankan beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi mengumumkan beliau bersalah atas pertuduhan mengenai pecah amanah.

“Saya akan mengosongkan jawatan sebagai presiden Muda secara serta merta, sementara membersihkan nama melalui proses mahkamah,” ujar Syed Saddiq.

Sehubungan itu, jawatan terbabit akan dipangku oleh timbalannya iaitu Amira Aisya Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa.

Tambah Syed Saddiq lagi, beliau tidak akan terlibat dalam politik MUDA sepanjang kesnya masih berjalan di mahkamah.

Mahkamah jatuhkan hukuman selepas Syed Saddiq didapati bersalah bagi 4 pertuduhan

Terdahulu pada 9 November, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dua kali sebatan serta denda bernilai RM10 juta terhadap Syed Saddiq yang juga Bekas Menteri Belia Dan Sukan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas mahkamah mendapati Presiden Muda itu bersalah bagi empat pertuduhan yang didakwa terhadapnya.

Empat pertuduhan tersebut membabitkan salah guna harta, bersubahat melakukan pecah amanah dan pengubahan wang haram menggunakan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Hakim iaitu Datuk Azhar Abdul Hamid juga memerintahkan Syed Saddiq dijatuhi hukuman empat tahun sekiranya gagal membayar denda.

Baca artikel berkaitan: Syed Saddiq Bersalah 4 Pertuduhan, Bakal Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.