fbpx
Now Reading
Sempat Cipta Lagu Khas, Isa Khan & Risteena Bakal Langsung Pernikahan 12 Mac Ini

Sempat Cipta Lagu Khas, Isa Khan & Risteena Bakal Langsung Pernikahan 12 Mac Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Akhirnya teka-teki mengenai tarikh pernikahan pasangan sensasi Risteena Munim dan Isa Khan akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal bernikah pada Jumaat depan, 12 Mac 2021.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya, Risteena mengumumkan berita gembira tersebut kepada pengikut dan peminatnya.

“Dia memberikan kita hati, suci untuk cinta.
Bukan bisa untuk membenci, dengki dan dusta.
Aku tercari cari, di mana cinta abadi.
Sampai saat yang di nanti, cinta bermula di sini

“Assalamualaikum Wbt. Kepada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri kami, mohon doakan agar urusan Ijab & Qabul kami yang akan berlangsung pada 12/3/21 nanti di permudahkan. Amin Yra” tulis aktres berkenaan.

Cinta bermula di sini

Isa bakal keluar lagu khas

Perkara sama turut dikongsikan Isa Khan, menerusi hantaran di laman IG nya

Lebih mencuri tumpuan, Isa juga menerusi perkongsian tersebut turut menjelaskan yang dia akan mencipta sebuah lagu khas untuk Risteena berjudul ‘Karunia Terhebat’ sebagai tanda cinta mereka.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.