fbpx

Wanita Nikahi Bakal Bapa Mentua Gara-Gara Pengantin Lelaki Lesap Ketika Majlis Akad Nikah [Video]

Majlis pernikahan tetap diteruskan bagi menutup malu kedua-dua keluarga dan ditambah lagi dengan tetamu yang telah hadir bagi memenuhi undangan majlis tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang bercinta pasti mahu hubungan yang terjalin berakhir hingga ke jinjang pelamin.

Malah, bagi meraikan hari istimewa untuk disatukan sebagai suami isteri, setiap individu sanggup menggunakan seluruh tenaga dan wang ringgit memberikan yang terbaik bagi memastikan hari bahagia dapat berjalan dengan lancar.

Ini kerana itulah saat yang paling bermakna apabila disatukan dengan orang yang paling kita cintai.

Pengantin Lelaki Lari Ketika Majlis Pernikahan, Bakal Bapa Mentua Jadi Ganti

Namun, malang buat pengantin perempuan di Obi, Halmahera Selatan, Indonesia apabila detik bahagia dalam hidup bertukar menjadi mimpi ngeri gara-gara pengantin lelaki lesap di hari bahagia mereka.

Malah, apa lebih teruk adalah dia yang dikenali sebagai SA terpaksa dinikahkan dengan bakal bapa mentuanya sendiri ekoran calon suaminya yang dikenali sebagai Isra lari sebelum majlis akad nikah bermula.

Hubungan Telah Lama Terjalin, Keluarga Alami Kerugian 25 Juta Rupiah

Menurut abang pengantin perempuan yang dikenali sebagai Wisto Ahmad, keluarganya terus bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima berita tersebut.

Tambahnya, hubungan cinta di antara adik perempuannya dengan pengantin lelaki telah lama terjalin. Malah, pengantin lelaki pernah ditangkap masuk ke bilik adik perempuannya.

“Isra mengakui bahawa dia teman lelaki SA dan bersedia untuk menikah,” kata Wisto.

Akibat dari kejadian ini, Wisto juga mendakwa keluarganya mengalami kerugian sehingga 25 juta rupiah (anggaran kira-kira RM7,630) bagi menguruskan majlis pernikahan itu.

Tetap Teruskan Pernikahan Kerana Tetamu Sudah Datang

Walau bagaimanapun, majlis pernikahan tetap diteruskan bagi menutup malu kedua-dua keluarga dan ditambah lagi dengan tetamu yang telah hadir bagi memenuhi undangan majlis tersebut.

Melalui video yang tular di media sosial Indonesia, kelihatan seorang lelaki mengenakan kemeja batik berlengan panjang dipercayai merupakan bapa kepada pengantin lelaki.

Bapa pengantin lelaki dilihat bersalaman dengan individu yang dipercayai jurunikah dalam video tersebut.

Akibat terlalu malu dengan insiden tersebut, abang pengantin perempuan turut meminta bantuan orang ramai untuk menghubunginya sekiranya mereka berjumpa dengan pengantin lelaki terbabit.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.