fbpx
Now Reading
Ramai ‘Salute’ Jemaah Masjid Di Kalimantan Solat Jumaat Atas Bot Kerana Banjir [Video]

Ramai ‘Salute’ Jemaah Masjid Di Kalimantan Solat Jumaat Atas Bot Kerana Banjir [Video]

Perkongsian video jemaah masjid solat di atas bot ketika banjir itu telah menarik perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial memuji semangat yang ditunjukan oleh mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lelaki yang beragama Islam diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat pada hari Jumaat bagi menggantikan solat Zohor dengan diiringi khutbah Jumaat.

Syarat sah solat Jumaat mestilah ianya dilakukan di masjid dengan bilangan jemaah sekurang-kurangnya 40 orang yang bermastautin termasuk imam.

Meskipun ia wajib dilakukan, namun Islam tetap menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan umatnya. Terdapat beberapa pengecualian solat Jumaat seperti sakit, hujan atau musafir.

Tular jemaah masjid di Kalimantan solat jumaat ketika banjir

Namun, baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukkan sekumpulan jemaah di sebuah masjid di Kalimantan, Indonesia tetap melakukan solat Jumaat walaupun dalam keadaan banjir.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @junaidyhss, kelihatan para jemaah sedang menadah tangan ketika imam membacakan doa sama ada selepas atau sebelum solat didirikan.

Bawa masuk bot sampai dalam masjid untuk solat

Apa yang mencuri tumpuan, para jemaah itu mendirikan solat Jumaat sambil berada di atas bot yang diletakkan di dalam dan di luar masjid terbabit.

“Di Kalimantan, solat Jumaat di atas sampan,” ringkas tulisnya di dalam video.

Bagaimanapun, perkongsian video terbabit tidak menyatakan secara spesifik bilakah musibah banjir itu berlaku di wilayah tersebut.

Menerusi semakan kami, sekitar 16 hingga 20 Januari lalu, beberapa daerah Kalimantan telah ditenggelami air ekoran dari hujan lebat.

@junaidyhss

wilayah manakah ini , salut sama mereka ini #fypシ #viral

♬ suara asli – norsihan – norsihan

Netizen puji semangat jemaah tetap mendirikan solat Jumaat

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji semangat yang ditunjukan oleh jemaah-jemaah berkenaan untuk tetap mendirikan solat Jumaat.

Tidak kurang juga yang mempersoal adakah solat Jumaat yang dilakukan oleh mereka itu sah memandangkan jemaah yang kelihatan kurang daripada 40 orang selain faktor banjir yang tidak mewajibkan solat fardhu itu dilakukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.