fbpx
Now Reading
Money Heist Versi Korea, Netflix Umum Barisan Pelakon

Money Heist Versi Korea, Netflix Umum Barisan Pelakon

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siri popular Netflix ‘Money Heist’ yang turut dikenali sebagai ‘La Casa De Papel’ bakal diterbitkan dalam bahasa Korea.

Siri bahasa Sepanyol ini berkisarkan lapan orang perompak yang mengambil tebusan dan mengurung diri di Royal Mint of Spain sebagai dalang jenayah untuk memanipulasi polis bagi melaksanakan rancangan mereka.

Foto: Netflix

Barisan Pelakon

Netflix secara rasminya telah mengumumkan barisan pelakon untuk siri Korea tersebut termasuklah Yoo Ji-Tae sebagai Profesor dan Kim Yun-Jin dan Kim Sung-O sebagai Pasukan Petugas.

Kumpulan yang diketuai oleh Profesor itu diikuti oleh anggotanya yang terdiri daripada Park Hae-Soo sebagai Berlin, Jun Jeong-Seo sebagai Tokyo, Lee Won-Jong sebagai Moscow, Kim Ji-Hun sebagai Denver, Jang Yoon-Ju sebagai Nairobi, Park Jung-Woo sebagai Rio, Kim Ji-Hun sebagai Helsinki dan Lee Kyu-Ho sebagai Oslo.

Turut terlibat sebagai tebusan adalah Park Myung-Hoon dan Lee Joo-Been.

Foto: Mothership
Foto: Mothership
Foto: Mothership

Siri adaptasi 12 episod ini bakal diarahkan oleh Kim Hong-Sun yang pernah menghasilkan drama TV seperti ‘The Guest’ dan ‘Voice’.

Versi asal Money Heist telah menyiarkan musim keempat pada April 2020 dan kini sedang bergiat untuk musim yang kelima.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.