Tragedi Shooting Berdarah, Alec Baldwin Tertembak Mati Kru Filem Semasa Penggambaran
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Aktor terkenal Hollywood, Alec Baldwin, 63, hari ini mengejutkan dunia hiburan Hollywood apabila dia tanpa sengaja telah tertembak dua kru filem dengan menggunakan sepucuk pistol prop di lokasi penggambaran bergelar Bonanza Creek di Santa Fe, New Mexico, AS.
Difahamkan insiden tembakan berlaku sewaktu Baldwin sedang melakonkan satu babak tembak menembak didalam filem baharunya bertajuk Rust.
Insiden tersebut mengakibatkan seorang kru wanita, Halyna Hutshins, 42 yang juga pengarah sinematogofrafi filem tersebut, dikejarkan ke Hospital University of New Mexico menggunakan helikopter sebelum disahkan meninggal dunia ekoran dari kecederaan parah yang dialaminya di bahagian perut.
Turut akibatkan Pengarah, Joel Souza cedera
Selain Halyna, pengarah filem, Joel Souza, 48, turut cedera terkena tembakan dan telah dikejarkan ke sebuah lagi hospital iaitu Christus St. Vincent’s Regional Medical Centre, New Mexico.
Namun seorang pelakon filem berkenaan, Frances Fisher kemudiannya mengesahkan bahawa Souza ada menghubunginya memaklumkan yang dia sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Setakat ini tiada sebarang dakwaan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap mana-mana pihak termasuk Baldwin kerana insiden masih lagi didalam siasatan.
Namun polis menjelaskan insiden berlaku sewaktu pihak produksi sedang merakam babak yang memang melibatkan penggunaan sepucuk pistol.
“Berdasarkan siasatan yang dilakukan pegawai, sewaktu kejadian berlaku mereka sedang merakamkan adegan yang melibatkan penggunaan sepucuk pistol prop.
“Pegawai penyiasat sedang menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan jenis peluru yang digunakan,” kata Pejabat Syerif Daerah Santa Fe menerusi satu kenyataan.
Tak tahu ada peluru didalamnya
Dikhabarkan Baldwin yang juga pelakon dan produser filem tersebut sememangnya tidak mengetahui terdapat peluru hidup atau live rounds didalam pistol berkenaan.
Malah akhbar Santa Fe New Mexican melaporkan dia yang secara sukarela hadir untuk merekodkan kenyatannya kepada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan kelihatan sugul dan sedang menangis bersendirian sewaktu berada di luar Pejabat Syerif.
Mereka bagaimanapun gagal dalam usaha mendapatkan komen dan respon dari pelakon berkenaan.
Ramai pemain dan penggiat filem menyifatkan insiden tersebut sebagai hari kelam dan malang untuk seluruh industri perfileman Hollywood.