Ramai Keliru Status FB Penuh Ayat Romantis, Rupanya Farah Cie Pernah Dedah Akaun Telah Digodam
Menurut Farah, akaun Facebook bernama ‘Farah Cie Al Haramain’ yang menggunakan maklumat dirinya serta gambar telah digodam sejak 19 Februari lepas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (14 April), negara digemparkan dengan insiden kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 1 (KLIA1).
Malah, di media sosial juga turut tular beberapa video memaparkan situasi ketika insiden tersebut berlaku.
Dalam pada sama, seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Cie turut memuat naik satu hantaran di Facebook rasminya memaklumkan terdapat individu melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi yang juga mangsa dalam insiden terbabit.
“Ada individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi saya di KLIA 1. Allahuakbar! Laporan polis telah dibuat,” tulisnya. Walau bagaimanapun, motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata 1960.
Suspek bagaimanapun masih lagi dalam buruan polis.
Baca artikel berkaitan: Kes Tembak Di KLIA: Lelaki Cuba Bunuh Isteri, Terkena Pengawal Peribadi – Polis [Video]
Baca artikel berkaitan: Tembakan Di KLIA: Suspek Tiada Permit Senjata Api & Isteri Sedang Hamil, Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini [Video]
Farah Cie dedah diri masih trauma dengan kejadian berlaku
Terbaharu, Farah Cie turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej yang diterima selain memaklumkan dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
Farah turut meminta orang ramai untuk mendoakan pengawal peribadi yang dikenali sebagai Along diberikan kesembuhan seperti sebelum ini.
“Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata. Sekarang pengawal perbadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala. Amin,” tulisnya di Facebook.
Tular posting romantis Farah Cie bersama lelaki di akaun FB berbeza
Namun di sebalik posting tersebut, turut tular beberapa posting romantis dari sebuah lagi akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Farah Cie Al Haramain’.
Posting-posting berkenaan yang banyak memaparkan aktiviti mesra Farah Cie bersama seorang lelaki yang dipercayai suaminya membuatkan ramai keliru bagaimana hubungan yang begitu mesra berakhir dengan cubaan membunuh di KLIA 1 baru-baru ini.
Ini kerana tarikh pada muat naik status tersebut begitu dekat dengan insiden tembakan yang berlaku semalam. Malah ramai tertanya-tanya bagaimana hubungan yang penuh kasih sayang boleh berubah sepenuhnya dalam tempoh satu bulan.
Rupanya pernah dedah akaun FB digodam, wujud grup WhatsApp tawar diskaun pakej haji guna nombor lama
Apa yang mengejutkan, semakan kami mendapati akaun tersebut sebenarnya telah digodam.
Sebelum ini, Farah pada 23 Februari lalu telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu nombor telefon WhatsApp (Saudi) serta akaun media sosialnya yang telah digodam.
Jelas wanita itu, terdapat satu grup di WhatsApp telah dicipta tanpa pengetahuannya menggunakan no telefon lama milik Farah dan dipercayai menawarkan pakej haji dengan harga diskaun. Bukan hanya itu, mereka turut memaklumkan kepada beberapa individu yang kononnya mereka adalah insan terpilih sebagai ‘Petugas Haji’.
Kata Farah, nombor telefon tersebut tidak lagi digunakannya sejak 4 Februari yang lalu. Oleh itu, sebarang mesej mahupun panggilan dari nombor berkenaan bukanlah darinya.
FB ‘Farah Cie Al Haramain’ dah digodam sejak 19 Februari, sudah tiada akses akaun
Ujarnya lagi akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Farah Cie Al Haramain’ yang mengguna pakai gambar serta maklumat dirinya juga telah digodam sejak 19 Februari.
“Oleh itu, saya dengan rendah diri memohon agar semua pihak berwaspada terhadap sebarang mesej atau posting yang dibuat akaun tersebut. Saya menegaskan bahawa, saya tiada sebarang akses atau pengetahuan terhadap sebarang mesej/ posting yang dibuat oleh akaun tersebut,” katanya.
Sudah letak jawatan sebagai CEO syarikat agensi pelancongan
Selain itu, Farah juga memaklumkan berhubung perletakan jawatannya sebagai CEO kepada sebuah syarikat agensi pelancongan iaitu Mujamalah Travel Tours Sdn Bhd dan turut menyertakan surat perletakan jawatannya dalam hantaran tersebut.
Farah juga telah bertindak membuat laporan polis pada 20 Februari lalu berhubung isu yang dikemukakan supaya ia boleh dibawa ke muka pengadilan.
Walau bagaimanapun, menerusi carian kami di akaun yang didakwa telah digodam itu masih aktif memuat naik hantaran memaparkan Farah Cie bersama keluarga, seolah-olah cuba untuk mengelirukan orang ramai yang tidak peka dengan apa yang berlaku.