fbpx
Now Reading
Menangi 329 Anugerah, Siti Nurhaliza Tersenarai Top 100 Most Awarded Musician Of All-Time

Menangi 329 Anugerah, Siti Nurhaliza Tersenarai Top 100 Most Awarded Musician Of All-Time

Siti turut dilihat berkongsikan perkara sama di Instagram Story miliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/TheArtistMuseum/status/1511376585848684544?

Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perbualan hangat di laman Twitter apabila disenaraikan sebagai ‘Top 100 Most Awarded Musician Of-All Time’.

Senarai tersebut yang dikeluar dan dikongsikan The Artist Museum memperlihatkan Siti Nurhaliza atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin berada di tangga ke-27 selepas berjaya memenangi 329 Anugerah sepanjang bergiat dalam industri.

Apa yang menariknya, beliau bukan sekadar selesa di kedudukan tersebut, malah pencapaiannya mengatasi ramai selebriti terkenal seperti Justin Timberlake, Usher, Katy Pery, J.Lo, Christina Aguilera bahkan idolanya, Celine Dion.

Malah pencapaiannya turut mengatasi ramai bintang K-Pop besar seperti kumpulan Super Junior dan TWICE.

Penyanyi terkenal itu turut dilihat berkongsikan perkara sama di Instagram Story miliknya.

Menerusi senarai itu, dapat dilihat penyanyi lagenda, mendiang Michael Jackson masih utuh menjadi pemuzik paling banyak menerima anugerah sepanjang zaman iaitu sebanyak 1003.

Tempat kedua milik Beyonce (896) diikuti Taylor Swift (867), BTS (784) dan Justin Bieber (720).

Selain Siti, penyanyi dan pelakon Filipina, Nora Aunor turut menjadi wakil Asia Tenggara apabila tersenarai di tempat ke-26.

Rata-rata pengguna Twitter dilihat teruja dan berbangga dengan pencapaian tersebut apatah lagi melihat nama beliau sebaris dengan ramai pemuzik antarabangsa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.