fbpx
Now Reading
Barisan Penyanyi Terkenal Tampil Dengan Lagu Raya ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’ [MV]

Barisan Penyanyi Terkenal Tampil Dengan Lagu Raya ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’ [MV]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi lama lagi, barisan penyanyi tanah air yang terdiri dari nama-nama besar seperti Adibah Noor, Shidee, Ani Maiyuni, Azan Scan, Bandi Amuk, Dato Fazley Yaakob, Aliff Aziz, dan Aweera telah bergabung untuk merakamkan sebuah lagu bertajuk ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’.

Selain mereka, lagu tersebut turut menampilkan selebriti popula termasuk artis berkumpulan NICO G, dan duo Sa.Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin, selain penyanyi Nikki Palikat, Suki Low dan penyanyi daripada Indonesia, Upiak Isil.

Diterbitkan oleh Oja, lagu ini yang merupakan lagu remake dari ‘Suasana Di Hari Raya’ nyanyian asal Anuar Zain dan Ellina, menampilkan pelbagai rentak yang bersesuaian dengan genre yang dibawakan oleh kesemua artis yang terlibat.

Menggelarkan gabungan mereka sebagai ‘Famili Kita’, kesemua 16 orang artis yang sebelum ini dihimpunkan menerusi program Gegar Vaganza 8 (GV8) telah menjalani penggambaran di sebuah homestay berkonsepkan eko-pelancongan di 1858 Semungkis yang terletak di Hulu Langat, Selangor, bagi penghasilan video muzik (MV) yang menyelitkan pelbagai aksi lucu yang pastinya mencuit hati penonton-penonton.

Dengan berlatar belakangkan suasana desa, video ini memaparkan kemeriahan persiapan sebuah keluarga yang bakal menyambut hari lebaran.

Apa kata artis?

Menurut Adibah Noor, projek lagu raya ini merupakan buah tangan buat peminat-peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni mereka selama ini. Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 memang rata-rata anak seni kehilangan punca pendapatan namun peminat-peminat tidak berhenti menyokong malah terus membantu artis-artis berniaga demi meneruskan kelangsungan hidup.

Buat Shidee pula, dia menganggap ini salah satu memori indah dalam karier seninya kerana berpeluang menyanyikan lagu raya dengan rakan-rakan artis yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Bagi Azan Scan, idea yang dicetuskan oleh Ani Maiyuni asalnya daripada perbualan kosong sesama mereka menjadi kenyataan dengan sekelip mata apabila mereka sepakat untuk menghasilkan projek ini bersama-sama. Tambah Azan Scan, hubungan yang terbina selepas mereka menyertai program realiti menjadi semakin akrab seperti sebuah keluarga besar adalah sebab utama mengapa projek ‘suka-suka’ ini sungguh mudah untuk dijayakan.

“Pertama kali mendengar idea menghasilkan lagu ini dicadangkan, kami memang sangat teruja. Pengalaman bekerjasama dalam projek ini sangat menyeronokkan dan kami tidak sabar untuk kongsikan dengan peminat-peminat,”

Suki Low dan Nikki Palikat.

Bagi Dato’ Fazley Yaakob pula, biarpun masing-masing agak sibuk dengan tuntutan kerja dan ada di kalangan mereka yang menetap di luar kawasan namun demi projek ini dan ukhwah yang telah terbina mereka tetap meluangkan masa. Menurut Dato Fazley, setiap artis yang terlibat mempunyai tugas yang telah diamanahkan dan masing-masing bertungkus-lumus memberikan yang terbaik demi memastikan kejayaan projek ini.

Penyanyi yang popular dengan bait lagu ‘aku belum mandi’ iaitu Upiak Isil turut teruja apabila dipelawa untuk sama-sama merakamkan lagu ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’. Kesemua proses rakaman lagu dan video dibuat sepenuhnya oleh Upiak Isil di Jakarta sebelum dihantar secara atas talian ke Malaysia untuk proses suntingan dan master.

Seakan-akan suasana hari raya

Menceritakan pengalaman sewaktu penggambaran video muzik dijalankan, NICO G berkata suasana seakan-akan Hari Raya benar-benar akan disambut kerana setelah lama mereka tidak bersua antara satu sama lain, akhirnya mereka berkumpul untuk menjayakan penggambaran video muzik ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’.

“Bila keluarga besar sudah berkumpul, memang tak kering gusi! Ada sahaja yang cuba sakat-menyakat antara satu sama lain,” ujar Bandi Amuk yang turut bersetuju malah menyifatkan projek ini mungkin menjadi satu platform buat mereka untuk terus bergabung lagi di masa hadapan.

Semalam, 15 April sebuah majlis pelancaran telah diadakan bagi mengumumkan kepada peminat-peminat seni tanah air mengenai kelahiran lagu ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’ selain menayangkan secara rasmi buat pertama kalinya video muzik lagu tersebut.

Dihadiri rakan-rakan media cetak, media elektronik dan blogger, para tetamu telah disajikan dengan juadah berbuka puasa dan solat berjemaah sebelum diraikan dengan persembahan sebahagian daripada artis yang terlibat dalam projek lagu raya ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.