Amber Heard Tak Mampu Bayar Johny Depp & Akan Buat Rayuan, Kata Peguam

Umum pasti mengetahui yang pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp, 58, baru sahaja memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard semalam, 2 Jun.

Barisan tujuh juri yang bersidang di Mahkamah Circuit Fairax Country, Virginia turut memerintahkan aktres tersebut untuk membayar Depp sebanyak AS$10 juta (RM43.8 juta) sebagai ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) bagi ganti ganti rugi punitif.

Manakala dia dalam saman balasnya pula akan menerima ganti rugi AS$2 juta (RM8 juta) dari Depp namun tiada pampasan wang untuk ganti rugi punitif.

Keputusan itu ternyata memberikan tamparan hebat kepada Heard. Bukan sahaja reputasinya tercalar dan kisahnya ‘ditelanjangkan’ di seluruh dunia, malah dia kini perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi membayar ganti rugi terhadap bekas suaminya.

Baca artikel berkaitan :

 Johnny Depp Menang AS$15 Juta Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Amber Heard

Luah Kekecewaan Selepas Kalah Kes Saman Fitnah, Amber Heard Teruk Dikritik Netizen

Amber Heard tidak akan dapat membayar

Namun siapa sangka, peguam yang mewakili Heard, Elaine Bredehoft akhirnya membuka mulut mengatakan yang aktres itu tidak akan dapat membayar Depp.

Foto : SS YT NBC News

Dia yang tampil menerusi satu temuramah bersama NBC : TODAY Show turut berkata yang Amber Heard akan membuat rayuan berhubung perkara itu.

“Oh tidak, sama sekali tidak,” kata peguam berkenaan sewaktu disoal sama ada Heard akan dapat melunaskan bayaran terhadap Depp seperti yang diperintahkan mahkamah, lapor Insider.

Tambah Bredehoft lagi, pasukan peguam Depp dilihat berusaha keras untuk melawan Heard selain menyekat bukti penting dalam perbicaraan. Perbuatan ini menurutnya telah mengubah fokus juri hingga tidak memeriksa bukti dakwaan penderaan Depp.

“Beberapa perkara dibenarkan di mahkamah ini yang tidak sepatutnya dibenarkan dan ia menyebabkan juri keliru.

“Keputusan itu memberi petanda buruk bagi pergerakan MeToo dan akan menghalang wanita daripada melaporkan gangguan dan penderaan seksual.

“Ia satu mesej yang menakutkan dan menunjukkan kemunduran ketara,” katanya lagi.

Namun memetik laporan New York Post, Depp sebenarnya masih lagi boleh mendapatkan wang milik Heard dari pelbagai sumber antaranya dua filem yang akan dibintanginya kelak selain aset miliknya seperti rumah agam dan kenderaannya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

13 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

14 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

14 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

14 hours ago