Luah Kekecewaan Selepas Kalah Kes Saman Fitnah, Amber Heard Teruk Dikritik Netizen
“Saya makin kecewa dengan keputusan itu lebih-lebih lagi mengenai maknanya terhadap wanita di luar sana. Ia seolah mengimbau semula mengenai wanita lantang bersuara tetapi dimalukan secara umum,” – Amber Heard
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mereka yang mengikuti perkembangan dunia Hollywood pasti tahu yang pelakon terkenal Johnny Depp, 58, baru sahaja memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard hari ini (2 Jun).
Barisan tujuh juri yang bersidang Mahkamah Circuit Fairax Country, Virginia turut memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif.
Manakala Amber Heard dalam saman balasnya pula menerima ganti rugi AS$2 juta (RM8 juta) namun tiada pampasan wang untuk ganti rugi punitif.
Baca artikel berkaitan : Johnny Depp Menang AS$15 Juta Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Amber Heard
Keputusan tersebut bagaimanapun tidak disambut baik oleh Heard yang dilihat bergegas keluar dari dewan sidang sebaik keputusan dibacakan mahkamah.
@cbatogivename Miss girl…you lost lol #justiceforjohnnydepp #johnnydepp #fyp #deppvheard ♬ Isolation – Jeff Beck & Johnny Depp
Beberapa minit kemudiannya, Heard dilihat memuat naik satu kenyataan di akaun media sosialnya seperti Instagram dan Twitter meluahkan rasa kecewanya dengan keputusan tersebut.
Menurut Amber, meskipun dia sudah mempunyai bukti kukuh, pihaknya masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang selain terpaksa berdepan dengan pengaruh besar yang dimiliki Depp.
“Kekecewaan yang dialami saya hari ini melebihi segalanya. Saya patah hati walaupun dengan bukti yang kukuh tetapi masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang, pengaruh daripada bekas suami.
“Saya makin kecewa dengan keputusan itu lebih-lebih lagi mengenai maknanya terhadap wanita di luar sana. Ia seolah mengimbau semula mengenai wanita lantang bersuara tetapi dimalukan secara umum,” tulis Heard.
Malah dia mendakwa pihak peguam yang mewakili bekas suaminya itu berjaya membuatkan barisan hakim terlepas pandang tentang kebebasan bersuara hingga mengabaikan bukti kukuh tentang kemenangan aktres berkenaan di United Kingdom tempoh hari.
Luahan Heard bagaimanapun tidak disenangi ramai netizen khususnya para peminat yang kini beralih menyokong Depp.
Meskipun ada segelintir yang masih menyokong, rata-rata dilihat mengecam kenyataan yang dikeluarkan aktres berkenaan dan menyifatkan kata-katanya itu adalah tidak berasas dan hanya cubaan untuk menegakkan benang yang basah.
Memandangkan dia telah menutup ruangan komennya di Twitter dan Instagram serta hanya meninggalkan komen-komen yang berbaur positif, netizen kemudiannya memilih untuk mengriktiknya menerusi ruangan ‘Quote Message’.
Ramai dilihat bersetuju dengan keputusan mahkamah dan merasakan Depp sememangnya layak untuk memenangi tuntutan saman berkenaan.
Ada segelintir yang turut merasakan kata-kata Heard langsung tidak mewakili kaum wanita lainnya.
Ada yang gelar Heard sebagai seorang yang delusi
Segelintir lagi turut merasakan Heard seorang yang delusi dan enggan menerima kekalahan walhal bukti yang dilampirkan di mahkamah sudah cukup untuk membuktikan betapa kejamnya dia terhadap pelakon Pirates of the Caribbean itu.
Bahkan sikap berpura-puranya itu telah menyebabkan Depp kerugian teruk akibat diboikot oleh Hollywood.
Terdahulu Depp mendakwa dia telah diboikot di Hollywood gara-gara kontroversi yang melanda dirinya bersama bekas isteri, Amber Heard.
Bukan sahaja peranannya dalam filem-filem besar digugurkan, malah karya Minamata lakonannya turut diboikot.
Baca artikel berkaitan :